Peta Ke Aquaria KLCC | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, October 16, 2010

Peta Ke Aquaria KLCC


Spy R4T cakap ada orang datang sini mengendap peta ke Aquaria KLCC atau dalam bahasa omputihnya, map to Aquaria KLCC. Dekat
entri berenang-renang di Aquaria KLCC memang nan ado peta tu jadi aku nak hapdate maklumat yang tercicir tersebut.


Haaa.. inilah peta yang aku jumpa di website rasmi Aquaria KLCC. Yang ini ke yang u ols nak? Mau senang cerita kome pergi je ke KLCC lepastu tanyalah sapa-sapa yang ada kat sana celah mana Aquaria KLCC. Nak ke sana naik KTM buleh, KL Monorail buleh, LRT buleh, kereta, motor, beca, bas, lori balak, bla bla bla.

Maklumat tambahan:
  • Waktu Operasi di buka setiap hari mulai 11:00 pagi - 8:00 malam.
  • Waktu operasi akan berubah mengikut acara-acara khas.
  • Hubungi (603) 2333-1888 untuk tempahan tiket.
  • Penjualan tiket dan waktu untuk masuk yang terakhir adalah pada jam 19:00.
  • Percuma masuk untuk anak-anak di bawah 3 tahun.
  • Seorang anak harus disertai oleh orang dewasa.
Sumber: aquariaklcc.com

Kalau rasa nak share pengalaman sepanjang berada di sana atau nak tanya apa-apa yang bersarang di kepala hotak, bolehlah melawat fesbuk rasmi mereka:

Nak share gambar pun boleh tapi janganlah spam bukan-bukan kat sana. Tak baik tau! Kesian kat orang yang nak cari info tapi jumpa promo 'login facebook dapat RM100'.

Rasa nak heret kekanda ke sana lagi. Seronok sangat!


<< NANG kalau suka! Tqvm :)




4 comments:

Nabiel said...

tk tau la bler dpt pegi nie~
huhuhu

ardinihumaira said...

kie-yu bawaklah dni ke sana.. pastu belanja dni makan secret receipe dengan burger king. opsssssss larikss ;D

Cipina said...

mai sini lepas dapat pesanan dari mailbox shoutbox. sat sat..saya ada tanya ka jalan nak p aquaria? hmm..

Ezzattie said...

nak pi jugak .. tapi macam biase lah.. duit nye takde.. mau bubuh minyak kete lagi.. kalau ade org support takpe la jgak.. haha