Belog Ohsem: July 2011

Jom selongkar

Sunday, July 31, 2011

Hero Harimau Malaya (KFCM) Putus Tunang?


Berita gempak dan tak berapa nak enak aku dapat di pagi Ahad. Jom baca cerita dari Harian Metro online ni.

INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

# Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006

# Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super

# Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki

# Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.

# Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini

# Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya

Disebabkan berita panas ni juga trafik blog jejari runcing milik Elia pun mencanak-canak naik. Apapun kita doakan yang terbaik buat mereka. Kepada bloggers lain jangan buat spekulasi yang tak munasabah dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.


Semoga mereka berdua tabah menghadapi dugaan..