Belog Ohsem: 2011

Jom selongkar

Thursday, October 27, 2011

Selamat Ulang Tahun Dni!



Wishing you all the best in the year to come.
May your days be filled with sunshine and beautiful colors.
And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.



Dear dni..

Walaupun kita tak pernah jumpa tapi kita tetap gang kan?
Walaupun kita dah tak selalu bertemu di alam maya kita tetap kawan kan?
Walaupun kita berjauhan tapi tetap di hati kan?

Terima kasih untuk segala sokongan moral
Terima kasih untuk ukhwah persahabatan ini
Terima kasih untuk segalanya..

Salam sayang,
Kie-yu

Selamat ulang tahun sahabat :)


Pagi Indah


Fuhhh. Punya seronok pergi kerja pagi ni sebab jalan lengang selengang lengangnya. Gambau memang sengaja amek shaking gitu sebab takmo nampak no plat keta orang. Tak pasal kena saman kang.

Faktor budak cuti sekolah sempena Deepavali telah menukarkan hari-menyampah-jalan-sesak kepada hari-indah-lagi-girang kepada seorang manusia yakni aku. Hee. Kalaulah tetiap hari gini kan syiok. Tak gitu?

Akhir kata,selamat pagi warga blogger! Jom senyummm :)

Sent from my mobile device.



Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM) dari Maybank


Maybank dalam kerjasama dengan Bank Negara Malaysia akan melancarkan Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM) di cawangan-cawangaan seluruh negara tidak lama lagi. Mesin pertama sebagai percubaan telah pun ditempatkan di Cawangan KL.

Mesin ini membuatkan pelanggan mudah untuk mendepositkan syiling ke akaun bank masing-masing. Sila ikuti mesej skrin mesin deposit duit syiling dan tuangkan duit syiling anda ke dalam mesin!

Langkah-langkah:
  1. Pilih bahasa
  2. Tuangkan duit syiling ke dalam mesin CoDM
  3. Cetak resit
  4. Kumpul duit syiling yang tidak dapat diterima mesin, jika ada
  5. Isikan slip deposit
  6. Minta 'Bulk Cash Queue ticket' daripada juruwang
  7. Hantar deposit slip bersama-sama dengan resit kepada juruwang untuk dikreditkan ke dalam akaun
Mudah kan?



Friday, August 12, 2011

Rupa kiamat..bacalah!


*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Bersambung..


Monday, August 8, 2011

Maybank - M2U


Maybank M2U is facing some intermitte​nt login issues at the moment. Our engineers are working on it now. Apologies.
43 minutes ago via HootSuite

Sent from my mobile device



Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #1 - New Life!


Sent from my mobile device.


Selamat pagi..



Align Center

Salam ramadhan ke 3 dari aku. Ekceli post ni wujud sebab nak reset balik setting blogger kat SE yang baru keluar bengkel last week. Hee.


Nak kongsikan juga something di bulan yang mulia ni untuk tatapan u ols :)

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)." Abu Hurairah r.a


Sent from my mobile device.



Tuesday, August 2, 2011

Muslimah itu Ratu




Nak kongsikan satu kisah menarik berkaitan dengan kaum hawa yang beragama Islam atau juga digelarkan sebagai muslimah. Aku cedok bulat-bulat dari status fesbuk 5 Fingers Studio.

Bacalah..

Seorang lelaki British datang kepada seorang Muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam tidak dibenarkan untuk berjabat tangan lelaki?”

Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?”

Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan untuk bersalam Queen Elizabeth.”

Muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bersalam dengan lelaki asing"


Begitu tinggi martabat wanita di sisi Allah kan. Subhanallah!



Monday, August 1, 2011

AuntieAnne's Ramadhan Special

Caption dari fesbuk makcik anne: Ramadhan special...for everyone of you ♥ ♥ ! A Lemonade Mixer and Raisin Pretzel for just RM5.90..grab one now !

Terliur + terkecur mak jah, kak eton dan orang kampung kalau tengok promosi gini bulan-bulan menahan lapar dahaga ni kan? Heee. Kalau tanya pilihan aku tentunya Cinnamon Sugar, Caramel Almond dengan hok nama Parmesan Cheese tu. Raisin Pretzel ni belum cuba lagi, meh kita serang kedai makcik Anne untuk sesi rasa-rasa. Eh, tapau je tau.. jangan pulak buat muka tak bersalah ngap dan dan tu jugak naaa.

Sedikit info tambahan, kedai kuih makcik anne juga ada menu lain seperti:

Pretzels
- Original, Cinnamon Sugar, Caramel Almond, Garlic, Raisin, Jalapeno, Sesame, Sour Cream & Onion, Seaweed, Parmesan Cheese, Choc Eclairs, Green Tea, Nutty, Java Coffee, Zesty Roselle

Pretzel Stix
- Original and Cinnamon Sugar

Pretzel Dogs
- Original, Cheese

Drinks
- Auntie Anne's Signature Lemonade
- Passion Fruit
- Fruity Flavour Dutch Ice
- Dutch Ice Mocha

Dips
- Caramel
- Cheese
- Chocolate

Orang JB terasa nak ngap? Meh cari kat sini:-


Locations / Mall

K1.3, Ground Floor, Plaza Pelangi,
Jl. Kuning, Johor Bahru


MKB1-03, Basement 1,City Square Johor Bahru
Jl. Wong Ah Fook, Johor Bahru


G46, Ground Floor, AEON Bukit Indah Shopping Center
Jl. Indah 15/2, Bukit Indah, Johor Bahru


LG S13 & 14, Lower Ground Floor, KSL City Shopping Center
Johor Bahru


Lain-lain lokasi meh kelik sini ye. Mekasehh.

Jom terjahh!!!!

Kenyataan Balas Elia (Tunang KFCM)


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

[Berita penuh: www.hmetro.com.my]

Apa dah jadi?



Salam Ramadhan Al-Mubarak


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.


May ALLAH shower his blessings and grant us forgiveness in this holy month....RAMADHAN KAREEM!


Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M


BIL
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2 JOHOR
3 PERAK
4 SARAWAK
5 SABAH
6 TERENGGANU
7 KELANTAN
8 SELANGOR
9 PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13 NEGERI SEMBILAN
14 KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG



** Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat

Sunday, July 31, 2011

Hero Harimau Malaya (KFCM) Putus Tunang?


Berita gempak dan tak berapa nak enak aku dapat di pagi Ahad. Jom baca cerita dari Harian Metro online ni.

INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

# Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006

# Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super

# Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki

# Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.

# Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini

# Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya

Disebabkan berita panas ni juga trafik blog jejari runcing milik Elia pun mencanak-canak naik. Apapun kita doakan yang terbaik buat mereka. Kepada bloggers lain jangan buat spekulasi yang tak munasabah dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.


Semoga mereka berdua tabah menghadapi dugaan..




Wednesday, June 29, 2011

Durian Comel di #AstroMyMusic


Haiiii sekalian orang kampunggggggggg....sini ada satu durian main gitar untuk dihendap...cekidout yawwww


Hapa cerita cik durian??? Nak tahu sile kelik
sini laju-laju yekkkk. Kelik gitar durian tu pung boleh. Cubalah!

Sekarang ni ape punye pesen daaa suka buh urup bebanyak kat entri. Layan kan ajelah. Hehehe.


Tersampuk sape la gaknye ni (- -")

Monday, June 27, 2011

Pakar US sahkan Anuar sebagai lelaki di dalam rakaman video seks

Dapat berita panas ni dari Yahoo timeline hok Malaysia. Meh baca meh untuk santapan minda di petang Senin..


KUALA LUMPUR, 24 Jun - Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah mengenal pasti lelaki dalam video seks yang kontroversi ditapis oleh "Datuk T" seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahkamah majistret diberitahu pagi ini.

"Keputusan analisis oleh pakar-pakar dari Dartmouth College, New Hampshire di Amerika Syarikat mengesahkan kesahihan video itu, bahawa tidak ada mengganggu atau apa-apa perbuatan yang dikenakan dan bahawa ia berasal dari perakam DVR diambil dari Datuk Shazryl, "Timbalan Pendakwa Raya Kamalluddin Md Said berkata apabila membaca fakta kes pagi ini. [Sumber berita]

Hee. Mintak ampun sebab bahasa agak pening. Ini semua angkara aku translate direct dari pakcik gugel. Tak pandai la nak konar-konar..

Ekceli panjang lagi ceritanya, kalau nak baca penuh klik link sumber berita kat atas nuu. Banyak juga komen-komen yang terbit dari pelbagai sudut pandang. Boleh baca dan enjoy! Komen? Noooo...Tak berani ahkak! Ke ISA nanti sapa nak jawab?


Tepuk dada tanya minda memasing yek.