Maybank dalam kerjasama dengan Bank Negara Malaysia akan melancarkan Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM) di cawangan-cawangaan seluruh negara tidak lama lagi. Mesin pertama sebagai percubaan telah pun ditempatkan di Cawangan KL.
Mesin ini membuatkan pelanggan mudah untuk mendepositkan syiling ke akaun bank masing-masing. Sila ikuti mesej skrin mesin deposit duit syiling dan tuangkan duit syiling anda ke dalam mesin!
Langkah-langkah:
- Pilih bahasa
- Tuangkan duit syiling ke dalam mesin CoDM
- Cetak resit
- Kumpul duit syiling yang tidak dapat diterima mesin, jika ada
- Isikan slip deposit
- Minta 'Bulk Cash Queue ticket' daripada juruwang
- Hantar deposit slip bersama-sama dengan resit kepada juruwang untuk dikreditkan ke dalam akaun

1 comment:
wahhhh
best la macam nih
tak ada lah segan sangat nak bawa syiling ke bank banyak2 pasnih
ehhehehe
Post a Comment