Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM) dari Maybank | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, October 27, 2011

Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM) dari Maybank


Maybank dalam kerjasama dengan Bank Negara Malaysia akan melancarkan Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM) di cawangan-cawangaan seluruh negara tidak lama lagi. Mesin pertama sebagai percubaan telah pun ditempatkan di Cawangan KL.

Mesin ini membuatkan pelanggan mudah untuk mendepositkan syiling ke akaun bank masing-masing. Sila ikuti mesej skrin mesin deposit duit syiling dan tuangkan duit syiling anda ke dalam mesin!

Langkah-langkah:

  1. Pilih bahasa
  2. Tuangkan duit syiling ke dalam mesin CoDM
  3. Cetak resit
  4. Kumpul duit syiling yang tidak dapat diterima mesin, jika ada
  5. Isikan slip deposit
  6. Minta 'Bulk Cash Queue ticket' daripada juruwang
  7. Hantar deposit slip bersama-sama dengan resit kepada juruwang untuk dikreditkan ke dalam akaun
Mudah kan?


1 comment:

Hans Hanis said...

wahhhh
best la macam nih
tak ada lah segan sangat nak bawa syiling ke bank banyak2 pasnih
ehhehehe