Belog Ohsem: May 2012

Jom selongkar

Wednesday, May 30, 2012

Mesej Twitter: Nizar mohon maaf




IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.



Tuesday, May 29, 2012

Wanna see a 4x4 drift or pull up to 3,000 kgs? Make it happen and vote for the most extreme #FordRangerChallenge


The all-new Ford Ranger is making its grand entrance to Malaysia very soon. Stay tuned for details on this exciting vehicle that redefines the Lifestyle Pick-up segment.


Mission
Extensively tested on five continents, the all-new Ford Ranger will eventually be sold in 180 markets.


Company Overview
Ford Motor Company, a global automotive industry leader based in Dearborn, Mich., manufactures or distributes automobiles across six continents. With about 164,000 employees and about 70 plants worldwide, the company’s automotive brands include Ford and Lincoln.


Description
Ford Ranger Malaysia reserves the right to delete any comments that contain vulgar or abusive language; pornography; personal insults; ethnic slurs, or any statements that incite violence. We may also delete comments that are spam, clearly “off topic” or that promote irrelevant services or products.




Monday, May 28, 2012

Plat WWW1 milik Sultan Johor dengan harga RM520,000


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia, WWW1 adalah milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan rekod harga RM520,000.

Turut tersenarai dalam senarai pembida yang berjaya membeli nombor plat premium adalah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.
Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod 'MCA1' yang dijual pada 2010 dengan harga RM300,100.




Ultraman Jahat


Baru balik dari aktiviti menguruskan urusan peribadi sempena cuti-cuti mesia arini. Adik aku tune in channel astro ceria tengok detektif canon. Pas abes citer tu ganti pulak katun ultraman. Yang aku pulak layankan aje sebab malas nak capai remote tuka channel. Hee.

The point is..baru aku tau ultraman rupanya ada banyak pesen dan puaknya. Banyak wohhh kerabat dia dalam citer ney. *mode jakun tahap gaban activate* nak lagi bes ade pulak sekor ultraman jahat. Sekarang ni tengah berhentan sesama sendirik.

Hoh..aku baru tau ke ape ni? Aku kena amek tau pasal katun matun ni sebab boleh buat modal berbual dengan anak sedara kekanda bila jumpa nanti.

Okeh,iklan kat tiwi dah tamat. Nak sambung layan otomen. Ciaw..

Sent from my mobile device.



Saturday, May 26, 2012

Sony Internet TV presents: Titanic - Blood & Steel

Salam y'alls..

Jom cekidaut sesuatu yang menarik dari Sony:


Ohsem!


Friday, May 25, 2012

Aura Maya to Let Go @ RM120 only!

Salam y'alls!

Ramai tak pengguna Aura Maya yang ada kat R4T ni? *bajetmacamramainohbacabelogkau!*

Ekceli nak tolong kawan aku ni haaa..pada mulanya dia nak try pakai Aura Maya sebab dia tengok kulit aku makin cun (ni bukan aku cakap tp dia yg cakap, siriyes!) sejak guna produk ni. At first dia nak beli trial pack tapi aku cakap alang-alang beli trial baik beli set biasa terus sebab beza RM20 tp isi banyak beza woohhh nak compare trial dengan set biasa.

Maka belilah kawan aku ni dengan kirim kat aku. Bila sampai je produk tu kebetulan dia punya kulit tengah bermasalah sebab stress dengan study. Tanpa melengahkan masa dia terus dapatkan rawatan kat doktor skincare dan dinasihatkan jangan guna apa-apa produk skincare semasa dalam tempoh rawatan. Aiseh! member tak sempat cuit pun lagi Aura Maya tu lalu terpaksa meluahkan hasrat hati untuk let go.


Dia bercadang nak let go RM120 instead of RM140 masa harga beli. Tak usik lagi woh cuma wraping je dah terbukak sebab dia excited nak tengok isi dalam. Aku nak rembat tapi apakan daya hok aku punya sendiri masih bertimbun. 1 set Aura Maya ni boleh tahan up to 3 month tau.

Sesapa nak meh roger² aku yer. Harga include postage sekali tu.





Teman lelaki Syahrini disiasat kerajaan Selangor


22 Mei – Mahu menjadi terkenal dengan publisiti murahan. Itulah yang boleh dikatakan tentang kekasih kepada selebriti jelita negara seberang, Syahrini, Bubu apabila dia mengakui bahawa dia adalah keluarga kerabat diraja Selangor.

Pengakuan yang dibuat Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni secara terbuka itu telah sampai ke pengetahuan DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dan ia telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang kemudiannya telah mengarahkan pihak kerajaan Selangor untuk menyiasat identiti sebenar Bubu.

Menurut satu sumber kepada laman detikHot, "Kerajaan Selangor sangat marah dengan kenyataan Bubu. Mereka sedang mencari dan akan menyiasat identiti sebenar Bubu."

Berita lanjut : Yahoo! Malaysia Entertainment


No komeng! Baca n fikir sendirik ea.




Cerita Insaf Hari Jumaat

Salam Jumaat y'alls!



"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim...

Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday #4 - The Colors!

Salam Wednesday y'allss!!



Hikhikhik!

Mee Goreng Mamak kah Puncanya?


"kau tahu sudah braper lama ku tunggu kau jebat... nie pon ada rasa nk terkucil tapi ku tahan jebat...... masuk nie dah nk masuk 7 kali......"

Huwaaaa..pagi-pagi dah duduk termenung kat bilik kecik disebabkan perut meragam tak pasal². Malam tadi lepas pegi sokseksoksek dengan bro nizam utk bincang warna tema (ni nanti stori mori entri lain) kekanda ajak lepak mamak. Jarang wohhh aku nak lepak mamak sebab ragu-ragu dengan kebersihan premis tersebut. *Tak semua mamak ekceli* Eceh.. skema nau ayat ko tipah! Aku sental mee goreng mamak yang tak berapa nak mamak. Mungkinkah ini puncanya?




Meh cekidaut sikit info mengenai cirit birit a.k.a ceri beri (nama glamer)

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Gejala - gejala

  • Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  • Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  • Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  • Kehilangan selera makan.
  • Adakalanya demam.
  • Adakalanya terasa mual dan muntah.
  • Sakit otot.

Info lanjut picit sini yek.


Moh ke klinik!

Monday, May 21, 2012

Doa Menjelang Bulan Rejab

Salam y'alls..

Sharing is caring gitew..sempena malam Rejab ni meh sama² kita lafazkan doa.


Pesanan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullahu ta'aala wa ra'aah sebentar tadi, Hari Selasa bermula 1 Rejab, malam ni adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..


Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam..Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..
-sumber: Facebook.


Saturday, May 19, 2012

Makan Apa Harini? Nasi Dengan Ayam


Salam y'allss..

Dah tengah hari gini wajiblah cari idea nak lunch apa kan. Sesambil fikir nak makan apa meh baca lawak tak boleh blah yang aku amek dari fesbuk ntah sapa tadi. Siriyes lawak!





Kehkekeh. Haru biru dibuatnye!



Bawal Lovers Wajib Usha!

Salam y'alls..

Adakah anda adalah salah seorang peminat tudung bawal printed yang tengah 'in' sekarang? Maka anda wajib usha dan rembat banyak-banyak bawal the corak yang super lawa ni. Meh usha meh..

Klik je gambar untuk tengok stok koleksi yang masih available.


BAWAL THE CORAK

1 pc = RM 15 only

2pcs and above = RM13/pcs

with

FREE POSTAGE (inclding Sabah & Swk) & FREE GIFT


Psst...Kat tempat lain tak dapat harga mcm ni. Tak percaya bleh usha/survey sendiri kt fb u ols.


Rugi woh kalau tak rembat!

Friday, May 18, 2012

Teringin Nak Makan Kuih Makcik Anne


Salam y'alls..

Semalam sebelum melelapkan mata ada gugel2 kejap nak bagi mood tido mari, sekali terpandang latest update dari kedai makcik Anne pasal promosi sempena hari Ibu & Bapa bulan Mei - Jun ini. Terus kecur air liur teringatkan kelazatannya. nyam nyam nyam!

Tapi kan..


Promosi untuk hari Ibu kat Auntie Anne's outlet dah lepas, so kena tunggu bulan Jun nanti baru ada promosi hari Bapa pulak. Feveret ai tu Cinamon Sugar sebab rasanya sweet-sweet gitu, takdelah manis bebenor. Tak boleh jadi ni, nk tunggu bulan Jun meleleh air liur tunggu jadi apa kata bali kerja ni pergi usha mana-mana outlet berhampiran. Plaza Pelangi? AEON Bukit Indah? City Square or KSL City?



If y'alls nak tau outlet kat negeri masing2 sila picit gambar peta kat atas ni untuk cekidaut. Kalau nak tegnok menu pulak boleh picit sini k.

Cau cin cai :)

Sedapnyaaaa!!



Lisa Selepas Kahwin

Salam y'allss..

Meh gosip-gosip sikit petang Jumaat ni. Eh, jangan risau gosip baik-baik je ni, takde cerita buruk pun :)

Selepas lebih tiga bulan melayari bahtera rumah tangga dengan Yusry KRU, pelakon Lisa Surihani memberitahu kehidupannya berjalan normal seperti pasangan berkahwin yang lain. Tidak ada yang kurang, atau bertambah. Kesibukan mereka berdua dengan karier masing-masing, namun diselamatkan oleh kesefahaman bersama kerana berada dalam satu bidang yang sama.


Jika punya masa terluang, beritahu Lisa, mereka akan sebolehnya mengisi kualiti masa bersama seperti breakfast atau dinner sebelum sibuk menjalani rutin harian masing-masing.

Malah jika mahu mencari sifat baru atau tabiat suaminya yang barangkali disorok saat zaman mereka bercinta sebelum ini, itu pun tidak ada. Semuanya berjalan seperti sedia kala.

"Memang ada sifat baru atau tabiat Yusry yang saya tidak tahu sebelum berkahwin. Setakat hari ini, Yusry masih orang yang sama saya kenali sewaktu bercinta dulu. Walaupun dia nampak seperti seorang yang serius, tapi sebenarnya dia sangat kelakar. Dia juga sangat pembersih, tertib. Ya, tak ada apa yang berubah," katanya tentang sikap lelaki yang kini menjadi pelengkap hidupnya.

Gambar-gambar perkahwinana Yusry dan Lisa Surihani

Belum hamil dan mengaku dia serta Yusry bukan jenis yang merancang keluarga, mereka bersedia menerima rezeki tersebut jika diizinkan Tuhan.

Tambah Lisa lagi, Yusry sebaliknya juga masih menjadi seorang lelaki yang sama - yang tidak pernah menghalang dia untuk maju dan terus aktif dalam dunia seni.

Katanya: "Yusry tak pernah halang saya untuk terus jadi pelakon. Dia tak kisah. Cuma secara peribadi, saya sendiri yang ingin menjadi lebih selektif terhadap apa yang sedang saya kerjakan."

Lisa menjelaskan definisi selektif baginya selepas berkahwin adalah dia tidak mahu mengulang bawa karakter yang sama agar khalayak melihat variasi dalam setiap lakonannya. Dia juga merancang hanya mahu muncul dalam dua atau tiga buah filem sahaja setahun dengan karakter yang tidak serupa. Sementara untuk muncul dalam drama, kata Lisa, dia masih menunggu perbincangan selanjutnya dengan pihak Astro.

Namun dalam diam, Lisa punya harapan besar. Katanya kalau boleh dia mahu Astro memberi dia peluang untuk menjadi hos, bidang yang selalu dekat di hatinya.
"Kalau boleh nak buat talkshow," katanya lagi sambil menegaskan ia bukan disebabkan Yusry melarang dia berlakon, sebaliknya ia adalah kehendak diri sendiri.

Bercakap tentang perkembangan terkini, pelakon yang pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu kini memberitahu dia sedang sibuk di lokasi penggambaran filem seram pertamanya, Dendam Orang Mati.

Memegang watak Lena, seorang wanita yang baru tersedar dari koma namun menghidap amnesia dan telah diburu oleh misteri 'hantu', Lisa menyifatkan karakter tersebut sebagai salah satu karakter paling mencabar yang pernah digalas olehnya.

"Pada mulanya saya takut untuk membawa karakter ini kerana ia banyak bermain dengan emosi, namun saya harus mencabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa," katanya tentang filem arahan Jason Chong tersebut.

Sumber: Yahoo Entertainment Malaysia

Alhamdulilah. Cerita gini la baru sedap didengar kan?



Sim Card Ada Nama Tersendiri

Salam y'alls..

Ada member kat fesbuk tagged kan 1 info yang macam best untuk dikongsikan. Dia dah try and dapat tau nama sim card dia. Meh masing-masing try sendiri punya dan komen kat entri ni. Aku nak bagi hadiah untuk nama sim card yang paling vogiey de vass gitu.


Jangan lupa tinggalkan komen nama sim card u ols untuk dapatkan free gift yea!




10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak

Salam dan selamat pagi Jumaat y'alls!

Nak kongsikan ilmu berkenaan arak. Ini adalah antara sebab kenapa kita harus berhati-hati memilih pekerjaan terutama yang melibatkan perniagaan yang membekalkan minuman haram ni. Semoga menjadi pedoman untuk kita bersama.



" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas

1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.

2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.

3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram

4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .

5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram

6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram

7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .

8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.

9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram

10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram

Wallahuhalam.



Thursday, May 17, 2012

Skrip Semasa Menyerahkan Telefon Bimbit Kepada Anak


Salam y'alss..

Nak kongsikan satu cerita menarik yang dicedok dari Yahoo Group. Cekidaut:



Anak ayah yang disayangi.

Sudah tiba masanya anak ayah menggunakan telefon bimbit ini. Walau bagaimanapun ia bukan keperluan asas, tetapi adalah satu keistimewaan. Maknanya, kalau anak ayah melanggari perjanjian penggunaan ini, maka ayah berhak mengambilnya semula.

Ingat ya, telefon bimbit ini adalah sebahagian daripada anggota tubuh badan. Ia adalah otak kita yang kedua. Ia boleh menyimpan data dan maklumat dan boleh mengingatkan kita banyak perkara. Polis lebih mempercayai maklumat dalam telefon ini daripada otak kita sebab dia tidak menipu. Oleh itu, simpanlah di dalamya data-data yang baik-baik sahaja. Jangan masukkan di dalamnya bahan-bahan haram seperti gambar atau video lucah. Ia menggambarkan sikap dan akhlak kita juga.

Disebabkan ia adalah menggambarkan akhlak kita, pastikan anak ayah paparkan di "background" nya gambar yang soleh, bukan gambar orang yang tidak sopan. Telefon ini mengeluarkan suara, oleh itu pastikan "ringtone"nya tidak mengganggu orang lain sama ada tahap bising yang kuat atau iramanya tidak menyenangkan.

Setiap komunikasi hendaklah mulakan dengan salam yang sempurna. Sama ada menggunakan SMS atau suara. Dan setiap perbualan mesti (wajib) di tutup dengan doa sejahtera atau semoga bertemu lagi. Jangan biarkan tergantung menyebabkan pemanggil tertunggu-tunggu dariada kita.

Penggunaan di rumah

Adab bercakap dengan pemanggil di rumah sama seperti mana kita menerima kunjungan tetamu ke rumah ayah. Ayah hanya membenarkan anak ayah bercakap di ruang tamu sahaja (tidak di dalam bilik tidur anak ayah) melainkan pemanggil itu sejantina atau muhrim kita.

Waktu menggunakan telefon bimbit di rumah tetap sama seperti mana adab memasuki bilik tidur. Anak ayah tahukan, antara Isyak hingga subuh (setiap hari) dan antara zuhur dan asar (hari minggu dan cuti umum) waktu ini anak ayah tidak boleh masuk bilik ayah melainkan ketuk pintu minta kebenaran. Begitu juga telefon bimbit. Supaya pemanggil luar tidak merosakkan adab kita, antara waktu isyak hingga subuh, semua telefon bimbit di"senyap" kan atau matikan terus dan diletakkan di ruang tamu. Jika ada panggilan diwaktu-waktu "aurat" kita ini, kita jawab selepas waktunya. Ayah tak rela ada pemanggil lelaki yang bukan muhrim bercakap dengan anak ayah yang perempuan ini, di atas katil, pada waktu tengah malam, tanpa izin daripada ayah.

Jangan bawa telefon bimbit ini ke dalam tandas. Nanti susah untuk menjawab salam (sama ada sms atau suara) kalau ada orang memanggil kita.

Hukum membuat panggilan sama ada SMS atau suara

Anak ayah yang disayangi, walaupun belum ada hukum fiqah yang dikeluarkan, ayah menetapkan bahawa ada perkara-perkara yang HARAM anak men"dial" atau hantar sms kepada seseorang.
Pertama: Orang yang anak nampak dan tahu dia sedang sembahyang, sedang belajar dan sedang berkerja.
Kedua: Waktu aurat orang itu (antara isyak dan subuh) melainkan dia beri kebenaran.
Ketiga: Orang yang bukan muhrim yang tiada urusan dengan anak sama sekali.
Keempat: Dengan tujuan maksiat dan sewaktu dengannya.

Perkara yang MAKRUH pula ialah
Pertama: Waktu-waktu sembahyang fardhu jamaah orang itu.
Kedua: Sengaja membuat "miss call" melainkan diberi kebenaran.

Perkara yang SUNAT pula ialah
Pertama: Hubungi opah, atuk, mak cik-mak cik sebulan sekali. Tanyakan khabar mereka, ceritakan keadaan dan kesihatan keluarga kita dan doakan kesejahteraan untuk mereka.
Kedua: Menyebutkan nama atau memaparkan nama kita di hujung sms bagi orang yang tidak kerap kita hubunginya agar dia tidak tertanya-tanya siapa kita.
Ketiga: Minta kebenaran melalui sms dahulu untuk berkomunikasi dengannya.

Perkara yang WAJIB pula ialah
Pertama: Menjawab dengan kadar segera panggilan dan/atau sms. Jawapan yang paling lemah sekali ialah dengan memaklumkan kepada pemanggil melalui sms "OK". Melainkan perkara itu maksiat dan keburukan.
Kedua: Menghubungi pihak berkuasa jika berlaku perkara yang menjejaskan keselamatan ummah.

Penggunaan di tempat awam.

HARAM menghidupkan telefon bimbit.
Pertama: Tempat-tempat yang ada dipaparkan tanda tidak dibenar menggunakannya seperti di hospital kawasan tertentu, masjid, di sekolah dan sebagainya. Atau diumumkan seperti di dalam pesawat, dewan seminar atau kursus.

MAKRUH menggunakan telefon bimbit atau menaip sms,
Pertama: Sedang bersama rakan sama ada urusan formal atau tidak melain meminta izin mereka yang hadir dahulu. Malah di dalam teksi, sila anak minta kebenaran pemandu teksi sebelum menjawab atau membuat panggilan.
Kedua: Bercakap dan ketawa dengan pemanggil hingga mengganggu orang di sekeliling.
Ketiga: Menyebut keburukan orang lain dengan pemanggil hingga orang di sekeliling boleh mendengar dengan jelas (kekadang boleh naik tahap haram)

Cukuplah setakat ini dulu anak ayah. Jika timbul isu lain, nanti kita sama-sama buat "fatwa" yang lain pula.

Terimalah telefon bimbit Nokia N95 4G dari ayah untuk mu.

Selamat mencuba

- Pak Utih -

Banyak pengajaran yang boleh diambil.



Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012


Salam y'alls..

Ada satu program menarik bulan Mei ni buat semua belia Johor dan sekitarnya. Meh cekidaut sikit ape yang akan berlangsung.


JOHOR BAHRU 11 Mei - Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 yang akan diadakan pada 17 hingga 20 Mei ini menyasarkan penyertaan 100,000 belia dari seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, program tersebut anjuran kerajaan negeri bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia Johor serta Majlis Belia negeri.

Beliau berkata, program yang diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 itu diadakan di beberapa lokasi termasuk Plaza Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia dan Sukan negeri serta Johor Premium Outlet di Kulaijaya.

"Penganjuran program itu sebagai menyahut seruan kerajaan dalam memberi laluan dan ruang kepada golongan belia untuk bersama-sama kepimpinan negara dan mengetahui perkembangan dan pembangunan yang berlaku di negeri ini.

"Selain itu, program tersebut juga bertujuan mempromosikan Iskandar Malaysia sebagai destinasi menarik untuk golongan belia melabur, mendiami, bekerja dan beriadah," katanya selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran program berkenaan di sini semalam.

Md. Jais berkata, sebanyak 75 aktiviti daripada 13 segmen dirancang sepanjang berlangsungnya program itu termasuk Karnival Belia Islam Malaysia, Kem Sukarelawan, Program Tanam Pokok, Karnival Jom Centre, sukan permotoran dan pertandingan catur.

"Kami turut merancang mencipta dua rekod dalam Malaysia Book of Records (MBoR) iaitu persembahan J.Robikton tanpa henti selama 26 jam yang dikendalikan Persatuan J.Robik negeri dan mengumpul 30,000 buku yang dikendalikan Persatuan Srikandi Johor," katanya.

Menurutnya, majlis pelancaran Himpunan Belia Iskandar Malaysia 2012 dijadualkan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Plaza Angsana pada 20 Mei ini.

"Pada majlis berkenaan, Anugerah Pemimpin Belia atau Ikon Belia akan diberikan sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian golongan belia dalam pelbagai bidang," katanya.


Selamat Menyambut Hari Belia!


ARDIUM Smart Multi Pouch yang Menawan


Salam y'alss..

Usha-usha site milkadeal semalam dan terjumpa satu offer yang menawan kalbu. Dah lama tak shopping online tiba-tiba rasa gatal pulak tangan ni. Hee. Aku tak pernah lagi beli via this milkadeal. Moh tengok ape barang yang berjaya menawan hatiku ini.



Comel kan? kan? Apa yang lebih penting ianya murah dan MULTITASKING. Macam-macam mende boleh sumbat dalam tu sebab ada banyak kocek dan ruang. Suka! suka! Dengan RM27 y'alls boleh dapat:

What You'll Get

  • Choose either ONE ARDIUM Smart Multi Pouch

  • or TWO ARDIUM Smart Multi Pouches

  • 6 lovely colours : Brown, Light Pink, Red, Mint, Violet and Purple.

  • Free delivery to West Malaysia


Deal ni ada lagi 4 hari so aku kena cepat sebelum tamat promosi. Kalau tak meloponglahhh. Kepada sesapa yang nak join d club pegi klik gambar pouch tu untuk dapatkan details.

Malam ni kena rembat jugak, tak kira!


Lalalala Kerjalah!


Salam y'alls..

Pagi ni macam takdak mod sangat nak kerja. Meh gugel kejap kata-kata motivasi kasi membara sikit semangat. Hee.



Consult not your fears but your hopes and your dreams. Think not about your frustrations, but about your unfulfilled potential. Concern yourself not with what you tried and failed in, but with what it is still possible for you to do. - Pope John XXIII


Haaa..barulah mood mari. Jom kerja! *poyo gilos*

Wednesday, May 16, 2012

Ohsem News! - (Update) OKU Hilang telah ditemui

Salam y'allss..



Berita kehilangan anak OKU ini tidak mendapat liputan meluas dari pelbagai pihak jadi admin sharekan. Kalau sesiapa terjumpa, silalah hubungi nombor yang tertera pada poster. - via facebook



Moh kita sebarkan cerita ni kepada semua, dengan harapan semoga adik ni ditemui semula dengan selamat..

Update

JOHOR BHARU - Seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU), Saiful Sarmidi yang disedari hilang ketika berada di sebuah surau berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Rinting C, Masai sejak Khamis lepas, ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.

Bapanya, Sarmidi Subir, 48, berkata Saiful, 21, yang merupakan anak sindrom down dan memegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dituntut dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Baharu pagi tadi.

"Saya mendapat panggilan dari JKM Johor Baharu yang memaklumkan Saiful berada di bawah jagaan mereka, kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Menurut JKM Johor Baharu, Saiful berada di bawah jagaan JKM Kota Tinggi sejak Jumaat lepas selepas ada pihak yang menemuinya di bandar berkenaan," katanya kepada pemberita di rumahnya hari ini.

Sarmidi yang bekerja sebagai buruh binaan berkata dia berasa lega apabila Saiful yang turut mengalami masalah pendengaran tidak mengalami sebarang kecederaan dan anaknya itu terus memeluknya sambil menangis sejurus berjumpanya pagi ini.

Menurut Sarmidi, dia dan isteri Zaleha Rasidi berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengesan anak mereka dan akan mengadakan kenduri doa selamat di rumah malam ini sebagai tanda syukur.

Sementara itu, Zaleha berkata dia akan berhenti sementara waktu dari bekerja sebagai tukang cuci demi menjaga keselamatan Saiful.

"Saya mahu beri perhatian sepenuhnya kepada anak saya sebelum memikirkan semula untuk bekerja. Saya tidak boleh terus berhenti kerja kerana pendapatan suami tidak seberapa," katanya.

Saiful disedari hilang oleh sepupunya, Suhana Hasri pada Khamis lepas apabila mendapati remaja terbabit tidak berada di dalam Surau Haji Osman, yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya. - Sumber: Sinar Harian


Sedihnya.


Wordless Wednesday #3 - B2B





Hikhikhik!


Surat Terbuka Kepada Metro Berkenaan Laporan Melibatkan Kaum Sarawak

Salam y'alls..


Isu akhbar tempatan 'Metro Mohon Maaf Siar Laporan 'Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku' jadi topik hangat semalam. Hit R4T melonjak sampai 200++ gara-gara entri hangat tersebut. Nak baca? Klik link kat atas yang diboldkan biru tu. Semalam aku tengok ada link pasal hal ni kat myMetro online tapi pagi ni selongkar-selongkar balik dah tak jumpa. Eh, sehari je ke publish dan pihak metro tak archive ea?



Sesambil google tu aku ada terjumpa entri mengenai surat terbuka kepada pihak metro mungkin dari orang sana jugak. Meh baca sama-sama:


Surat Terbuka Kepada Harian Mero Berkenaan Isu Sumbang Mahram Kaum Penan Yang Menimbulkan Kemarahan Warga Sarawak.

Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.



Selamat Hari Guru 2012

Salam & selamat petang y'alls..

Sempena hari guru harini nak bagi ucapan kepada guru-guru di seluruh Malaysia. eceh, feeling-feeling retisss gitu.



Be A Candle
Be A Light
Be A Twinkle
Be A Hope
Be An Inspiration
Be A Great Teacher Forever.!

Happy Teachers Day..!


Comel jek cikgu owl si google tu.




Doa Ketika Hujan Turun & Mendengar Guruh

Salam & Selamat Pagi y'alls..


Untuk pengetahuan semua, di kala entri ini ditaip hujan turun berdedai-dedai berjemaah sekali dengan guruh bang bang boom. Terkejut mak kejap-kejap bila dengar guruh berdentum. Tempat y'alls pun sama gak ke?


Maka eloklah kita baca doa sebab hujan yang turun tu adalah rahmat dari-Nya. Moh kita:




Musim hujan gini jangan bawak kereta laju-laju yek..bahaya *pesan kat diri sendiri yang lately suka tekan minyak ikut suka hati* Kepada anak-anak pulak takmoh main hujan, sekarang ni musim banjir, nanti kau hanyut dah jadi satu hal. Kalau setakat demam ke achumm achumm takpe lagi. Eh, menceceh macam mak nenek pulak pagi-pagi ni. Heeeee :p

Oleh hal yang demikian, izinkan hamba mintak diri nak bersiap siap ke kantor untuk menjalankan rutin harian.

Wassalam.

Selamat Hari Rabu!