Nak kongsikan ilmu berkenaan arak. Ini adalah antara sebab kenapa kita harus berhati-hati memilih pekerjaan terutama yang melibatkan perniagaan yang membekalkan minuman haram ni. Semoga menjadi pedoman untuk kita bersama.
10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas
1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram
Wallahuhalam.
No comments:
Post a Comment