Ohsem News! - (Update) OKU Hilang telah ditemui | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, May 16, 2012

Ohsem News! - (Update) OKU Hilang telah ditemui

Salam y'allss..



Berita kehilangan anak OKU ini tidak mendapat liputan meluas dari pelbagai pihak jadi admin sharekan. Kalau sesiapa terjumpa, silalah hubungi nombor yang tertera pada poster. - via facebook



Moh kita sebarkan cerita ni kepada semua, dengan harapan semoga adik ni ditemui semula dengan selamat..

Update

JOHOR BHARU - Seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU), Saiful Sarmidi yang disedari hilang ketika berada di sebuah surau berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Rinting C, Masai sejak Khamis lepas, ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.

Bapanya, Sarmidi Subir, 48, berkata Saiful, 21, yang merupakan anak sindrom down dan memegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dituntut dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Baharu pagi tadi.

"Saya mendapat panggilan dari JKM Johor Baharu yang memaklumkan Saiful berada di bawah jagaan mereka, kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Menurut JKM Johor Baharu, Saiful berada di bawah jagaan JKM Kota Tinggi sejak Jumaat lepas selepas ada pihak yang menemuinya di bandar berkenaan," katanya kepada pemberita di rumahnya hari ini.

Sarmidi yang bekerja sebagai buruh binaan berkata dia berasa lega apabila Saiful yang turut mengalami masalah pendengaran tidak mengalami sebarang kecederaan dan anaknya itu terus memeluknya sambil menangis sejurus berjumpanya pagi ini.

Menurut Sarmidi, dia dan isteri Zaleha Rasidi berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengesan anak mereka dan akan mengadakan kenduri doa selamat di rumah malam ini sebagai tanda syukur.

Sementara itu, Zaleha berkata dia akan berhenti sementara waktu dari bekerja sebagai tukang cuci demi menjaga keselamatan Saiful.

"Saya mahu beri perhatian sepenuhnya kepada anak saya sebelum memikirkan semula untuk bekerja. Saya tidak boleh terus berhenti kerja kerana pendapatan suami tidak seberapa," katanya.

Saiful disedari hilang oleh sepupunya, Suhana Hasri pada Khamis lepas apabila mendapati remaja terbabit tidak berada di dalam Surau Haji Osman, yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya. - Sumber: Sinar Harian


Sedihnya.


No comments: