Geng Blogger Tipu! | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, April 27, 2010

Geng Blogger Tipu!


Print screen profil aku di Geng Blogger~

Yeaaaaaa!!! Yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat. Terkejut? Memang betul apa yang korang baca ni. Aku nak bongkarkan rahsia sulit tahap dewa-dewi ni sebab aku tahu 90% tetamu Rumah 4 Tingkat adalah di kalangan mereka. Jangan banyak cerita lagi, mari ikuti penemuan eksklusif ini.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Nama Geng Blogger (GB) ada di mana-mana. Hampir setiap blog yang aku kunjungi pasti ada banner/badge untuk komuniti ini. Sampaikan kadang-kala ia menghantui hidupku ketika menjalankan sesi merayau-rayau di dunia maya. *mood seram* Heeheeee. Eh, tidaklah sampai kedengaran suara orang mengilai. Cuma terasa bagai ada yang memanggil-manggil untuk aku mengarahkan tetikus lalu membuka laman itu. Ah! Tidak sama sekali, aku takkan terpedaya lagi. Sudah banyak komuniti seperti ini yang aku sertai tapi aku masih ditakuk lama.


Satu hari yang aneh...

Jari jemari ringan bergerak lalu klik ke laman utama GB. Aku dapat rasakan ada sesuatu di balik nama ini. Butang 'f' connect telah menyatukan aku & GB. Aku terokai dunia baru ini dan aku dapati semua ini tidak benar!

Geng Blogger tipu aku!

Aku sangka komuniti ini tidak mendapat sambutan
Realitinya, ahli baru mendaftar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
Entri pula berduyun-duyun di'ping' dalam satu masa

Penaja-penaja juga sentiasa ada memberikan sokongan padu

Aku agak GB adalah komuniti yang tidak mesra
Rupa-rupanya, mereka sangat mementingkan silaturrahim

Semua yang ada dianggap seperti sebuah keluarga dan dilayan dengan baik
Tiada hasad dengki ataupun irihati
Sungguh bahagia!


Aku fikir ia takkan bertahan lama dan hanya menunggu masa untuk jatuh
Tidak! mereka sudah lama bertapak dan semakin maju ke hadapan
Bergerak bersama admin-admin yang cekal dan berwibawa
Tak lupa juga ahli-ahlinya yang setia

Mana mungkin mereka hanyut begitu sahaja

Aku rasa sangat tertipu dengan semua ini
Tak sama seperti apa yang pernah aku jumpa dahulu
Kini aku sudah buang pandangan kolot itu jauh-jauh
Nasib aku sangat baik kerana telah menemui komuniti terhebat
Sama seperti kamu semua~

Terima kasih: Geng Blogger | Komuniti blogger anda

Heheheh. Ada rasa nak menyanyi lagu Tipah Tertipu tak lepas baca puisi carca marba aku ni. Jangan marah, nanti cepat tua. Ekceli, aku sedang menjalankan eksperimen atau boleh juga digelarkan sebagai misi antara hidup dan mati. Di sebalik eksperimen ini ada insan yang bertanggungjawab. Kalau nak tahu siapa mestilah kena jengah rumah aku ni selalu. Hasil eksperimen dan misteri orang yang bertanggungjawab akan dihebohkan dalam 5 hari waktu bekerja. Jumpa lagi 120 jam dari sekarang~

(Klu untuk orang misteri) Beliau ialah salah seorang admin GB!


19 comments:

Sylarius said...

Harapan aku pada GengBlogger ni supaya janganlah menjadi komuniti syok sendiri bila dah feymes nanti. Hopefully janganlah.
Biarlah macam sekarang ni. Takda lebih-lebih sangat. Biasa-biasa je. Cuma risau aku tu ada la takut jadi lain.

KaiZeN SHiNoBi said...

hehehe GB adalah yang terbaekkkk!!!!!

Kie-yu said...

Sylarius :
Aku pun harap mcm tu jugak. Jauhkanlah dari semua tu kan.

KaiZeN SHiNoBi :
Yeah! Cayalah GB~

Miss Izah Mohamed said...

hidup GB! yeahhhhh! ahaha

Fie aka Tea said...

GB best woo. korang mmg best ah. :)

Phang said...

GB memang baik punya...

BudakHitam said...

GB memang tipu pun..kah3..kesian ke creator die dulu.sekarang ni mari kita sama2 support GB!!

cik bunbun said...

eh ben ashaari eh?
haha.
mandai je. kekekeke;P

Kapten said...

dulu2 takdak GB T______T

Entri Terbaru
BAGUS JUGAK ADA ADIK PEREMPUAN

~ ReD ~ said...

hoh! x menyempat nak panas entri i ping, tiba2 dah jatuh ke bawah dh.. hahahha

Sollehahn Maximus said...

love GB..=D

belalang hijau said...

belalang pun rase GB best!!!
:-)

intan payung said...

hot btul enrty ni huhu

MissNafa said...

geng blogger mmg superb~ :)
harap2 akan bertambah maju gak lagi.
dulu pun saye terkial2 gak.
mcm mane nak log in nh.? haha

sophie said...

GB seronok kan? Dapat kenal kawan baru semua! terbaik

cik panadol said...

baru join GB and bnyk lg kne belajar...hopefully geng2 GB boley tlg...caiyok2!!!

Thanks singgah blog saya...

Kie-yu said...

to all:
terima kasih sudi baca entri ni~ GB is the best!

Azri Omar said...

Aku pun tertipu

MiszMaryaNe said...

hehe, ingatkan tipu pe,
rupenya diri sendri yg trtipu ngan anggapan sndri yek..