Entri Berbau Wang. Gambar Separa Lucah | Belog Ohsem

Jom selongkar

Friday, April 30, 2010

Entri Berbau Wang. Gambar Separa Lucah


mothers day Pictures, Images and Photos


Menghitung hari ke 9 Mei 2010. Ada apa dengan tarikh itu? Buat-buat tanya pulak. Piat telinga baru tau. Sudah berfikir-fikir nak beli hadiah apa untuk bonda/ibu/emak/mummy/mama tersayang?

Bagi yang dah bekerjaya, boleh pergi sambut dengan makan-makan bersama. Ala-ala candle light dinner gitu! Takpun belikan hadiah berupa barang yang beliau dah belek-belek dekat 2 jam masa pergi window shopping tapi kita takde duit lebih nak belikan. Tengah bulan la katakan.

Untuk yang tak bekerjaya ataupun berkategori gaji lari bajet bulan ini, mungkin boleh jugak bagi hadiah. Hadiah tak semestinya kena belikan? Jadi mereka pun menawarkan servis istimewa untuk 1 hari berkenaan. Jangan bagi beliau masak, kemas rumah, kalau beliau kerja suruh ambik annual leave untuk dilayan seperti seorang permaisuri. Semuanya sempurna a.k.a perfect! Tak bagi can langsung darah beliau naik walaupun seinci. Hehe~

Yang budak-budak kecik pulak mesti sibuk cari krayon dengan kertas lukisan buat kad ucapan untuk ibu masing-masing. Muka ibu yang iras-iras Rozita Che Wan tu, lepas dilukis berubah menjadi alien serupa manusia. Mata sebelah kecik sebelah besar, bibir senget, kening warna biru dan sebagainya. Ok la tu, yang penting ikhlas dari hati. Macam anak kesayangan RM ni. Ouh, nasib baik lukisan beliau masih lagi menarik di pandang mata.

Cerita pasal hadiah, tahun lepas dah bagi kain ela warna hijau, takkan tahun ni nak bagi kain ela lagi. Walaupun warna lain tapi macam tak best la pulak. Kalau dah kain ela, tetap kain ela. Puas cari idea nak bagi apa tapi tak dapat sampailah tersesat masuk ke rumah aku ni. Ha, elok sangatlah sebab aku ada jugak cadangan-agak-bernas nak bagi.

Ekceli, email promosi tentang produk ini sudah lama berkepuk kat peti Yahoo! aku. Ada juga sarankan pada kekanda sebab aku rasa mak beliau (merangkap bakal mak ehem-ehem aku) mungkin memerlukan. Akhirnya, semalam terbuka hati beliau nak beli. Aku pun selongkarlah balik e-mail tu & nasib baik jumpa.

Syarikat yang dikenali sebagai FCE Enterprise kepunyaan Puan Fawziah Che Embi ini menawarkan beberapa jenis produk kesihatan yang berkonsepkan 'Energy undergarments'.

Aku sudah order 1 barang, lalu beliau mintak jasa baik aku untuk kepochi pasal produk beliau kepada semua. Maka hari ini aku nak kongsikan sedikit sebanyak tentang produk kepada sesiapa yang buntu nak cari hadiah Hari Ibu. Jum cekidout! Mana tau ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan semua, undergarments ini diresapi FIR (Far Infra-Red) dan Silver-untuk membunuh bakteria, dengan menggunakan teknologi Nano. Ia sangat sesuai untuk menjaga kesihatan ataupun melegakan penyakit sendi yang mungkin dihidapi ibu anda. Ekceli, semua peringkat umur lelaki & wanita boleh menggunakannya. Jenis-jenis produk yang ada termasuklah:
  1. singlets
  2. long girdles
  3. panties
  4. socks
  5. mini scarves
  6. knee guard
  7. elbow guard
Kalau nak beli untuk pakai sendiri pun boleh!

Gambar separa lucah yang dimaksudkan. kihkihkih.
- [http://www.ladybeautyslim.com/Products.html]


Knee guard yang berkhasiat utk pemain futsal / bola sepak
- [http://www.ladybeautyslim.com/Products.html]


Selain daripada harga yang berpatutan, tiada kos penghantaran dikenakan (Semenanjung Malaysia sahaja) tetapi untuk anda yang di seberang laut sana adalah kos sikit. Selain itu, harga produk boleh dirunding. Mana tau ada yang nak borong banyak boleh dapat diskaun. Berbaloi-baloi!

Berminat? Boleh berhubung terus dengan Puan Fawziah. Klik sini jika nak berjumpa dengan boss. Boleh juga roger aku melalui talian hayat yang tersedia. Gmail? Kotak Soal Jawab? Mukabuku? Pilih mana suka.


Nak bagi hadiah misteri kepada u ols yang order dari aku!


12 comments:

Jard The Great said...

hehe.. baju busana muslimah takde ke? terima kasih kerna selalu singgah blog sy.. =)

salam perkenalan

Samdaddycool said...

Untuk lelaki takde ke produk ni?? hehehhee

Mrs. Q! said...

Jard The Great :
ouh. utk busana muslimah blom jumpa supplier lg la. tenx jgk slalu drop by ke sni~ blog kamu best, mstilah sggah!

samdaddycool :
eh, mestilah. utk semua peringkat umur, lelaki & perempuan ada. knee guard, elbow guard lelaki bleh pakai.

FatinNad said...

menarik nh..hehe..

Mrs. Q! said...

MissNafa :
orderlah 1~ ehehe.

Unknown said...

sy dh de satu tp dh lama tak guna!hihihhi

Aiza Abd Rahman said...

hahaha...
ingat pebende laa..
ni product nk kurus skali ni..

btw, just singgah2 ang follow awak..
jom aa dtg belog kite~
hihihih...

Anonymous said...

bakal mak ehem2 ko nak pakai ker yang seksi tu ;P


Latest: Kantoi Aku Meminati Seseorang - PART I, PART II

Anonymous said...

muahahhahhahahah
baju yg seksey itew aku tk pernah pakai lagi

lalallalala

>_*

Mrs. Q! said...

ZihNuN FaTiN :
cuba la yg ni plak. hehe.

aiza :
haha. surprise! xnk try ke? hehe.

Kapten :
Mak ehem2 ai nak bg stokin energy je. xkn la nk bg pkai bju seksi tu. menyeksa nmenya =p

jane :
hehe. xdela seksi sgt!

Sesopie said...

Business business..Hheehe

Mrs. Q! said...

sophie :
smbil menyelam minum air. hehe ^_^