4 Punca Blog Kurang 'Visitor' | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, April 25, 2010

4 Punca Blog Kurang 'Visitor'


No. 4 Pictures, Images and Photos


Oleh kerana nama blog ini Rumah 4 Tingkat, maka terhasillah entri empat perkara yang menjadi punca utama kurangnya pelawat tegar ke blog kesayangan masing-masing. Nak bagi banyak punca pun aku bukanlah expert seperti blogger-blogger lain.

Harus diingatkan entri ini hanya sebagai panduan dan peringatan kepada tuan rumah juga. Jadi, aku mulakan dengan apa yang pernah aku alami. Barulah realistik dan terbukti keberkesanannya. Ok, peribahasa lagi~ Bak kata orang lama: "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit"

Ada di antara tips yang aku berikan korang pernah baca di blog lain sebelum ini. Mungkin secara kebetulan sahaja. Boleh juga aku dan pemilik blog tersebut sependapat. Kalau kes macam ini peribahasa 'Rambut sama hitam, hati lain-lain' tak boleh digunapakai ya sedara-sedari sekalian.

Mari kita teruskan dengan misi yang masih belum selesai. Kemungkinan besar punca-punca blog anda & saya kurang dilawati ataupun dalam bahasa kurang asamnya blog berkategori tak ingin dijengah adalah seperti berikut:

1. Widget yang kurang menyelerakan.

Di antara widget yang tengah hangat dan bikin panas kebanyakan blogger pastinya datang dari Widgeo. Sudah ramai blogger yang komplen dan buat entri khas untuk menghentikan penggunaan widget ini. Kenapa? Kerana widget tersebut mengundang pop-out window menyampah tahap dewa. Contoh blogger yang menyokong hujah ini adalah Encik Kai2en kita. Bukan tak boleh nak letak widget di blog tapi biarlah yang perlu sahaja. Jika kita lihat blogger yang mempunyai pelawat beribu lemon lagi fofular, susah nak jumpa widget bertimbun-timbun kat blog mereka. Nak contoh jugak? Mari singgah sini dan sini juga . Simple & steady bukan?

Ha, satu lagi widget kurang disenangi oleh pengunjung adalah music box ataupun pemain mp3 maya. Mungkin niat kita mahu layan tetamu yang datang dengan meriahnya tapi ada di antara mereka tak suka dengan lagu yang kita dendangkan tu. Untuk kes ini sudah boleh guna peribahasa rambut kat atas tadi. Tambah lagi dengan pepatah buatan sendiri: disebabkan lagu kegemaran, habis punah ranah trafik blog kesayangan. Mau?

2. Masa blog loading.

Hal ini berkait rapat dengan widget yang beranak-pinak seperti dibincangkan di atas. Mungkin kepada pemilik laptop/pc paling-canggih-abad-ini tidak mempunyai masalah untuk menanti kemunculan blog yang mengambil masa untuk loading. Pernah tak kita terfikir yang tak semua blogger adalah bertuah, contoh terbaik adalah aku yang mempunyai sebuah laptop dengan 256MB of RAM sahaja (siap rujuk properties my computer ok!) sangatlah berasa seksa nak melihat keanggunan blog anda. Apapun Alhamdulilah ada juga laptop sebuahkan? Jadi, sebelum meletakkan berbagai jenis aksesori di blog masing-masing, ingatlah aku di sini. Moga-moga korang boleh ubah fikiran nak kurangkan beban blog masing-masing. Kepada yang nak usha berapa zass nya blog anda, aku ada satu tool yang macam best untuk dikongsi bersama. Jom picit sini .

3. Ayat-ayat yang uwekk.

Satu lagi masalah segelintir blogger kita. Penggunaan bahasa yang terlampau advance sampai ada yang langsung tak faham. Mungkin ingin mempelbagaikan penggunaan perkataan supaya lebih menarik untuk di baca. Tetapi pernah tak bayangkan sekiranya entri kita itu menolak untuk dibaca dek kerana perkataan-perkataan pelik itu? Hari ini aku ada contoh yang melimpah ruah untuk dikongsi bersama. Percaya tak hal remeh sebegini sampai dibawa ke tahap membuat satu group khas untuk golongan-golongan istimewa ini. Nak tau apa komen sang pembaca, jemput tengok di dinding mukabuku ini. Ada rasa geli-geli tak baca nama group ini?

4. Tak jumpa noktah & ayat di tengah-tengah alam.

Mungkin kerana terlalu seronok ataupun dalam bahasa penjajahnya '
excited', kita terlupa nak letak titik di penghujung ayat yang sepatutnya. Atau ada yang sengaja tak mahu menoktahkan ayat itu? Penat woh nak baca satu perenggan dengan 1 tanda noktah sahaja. Nak lagi dasyat, dah habis cerita baru jumpa seketul noktah. Kalau rasa masih mahu amalkan cara ini, sila letakkan amaran di header anda, 'kepada penghidap asma, lelah, semput, dan yang sewaktu dengannya, sila sediakan ubat-ubatan yang perlu sebelum meneruskan pembacaan di blog ini'.

Selain dari tiada noktah, entri yang ditaip diketengahkan. Maka terjadilah tulisan yang ditengah-tengah alam. Mungkin ada yang tak tahu, kadangkala sindrom ini boleh mengganggu konsentrasi pembacaan. Penat mata kita nak kehulu-kehilir mencari ayat penyambung. Kalau nak jugakkk, sila tambah kat header tadi tu 'jangan lupa juga eyemo untuk kesegaran mata anda'.

Gambar kutip dari [baldifoto.com]


Okeh, tamat sudah syarahan untuk hari ini. Minta ampun & maaf kalau ada yang terasa hati. Aku tidak sama sekali berniat mahu menjatuhkan mana-mana blogger. Ini hanya teguran ikhlas juga kritikan membina.


Semua 4 perkara ni aku pernah buat dan sekarang cuba untuk elakkan.


24 comments:

ardinihumaira said...

dni baru je siap wat header.. takut juga kalau2 header tu menyakitkan mata.. huhu..

kazirinkato said...

assalamualaikum...terima kasih atas info diatas...

KaiZeN SHiNoBi said...

erk... ade name aq? ngeee~

sokong2 jugak... terutamanya music box... autoplay lak tuh...

salah satu faktor kenapa aq silent laptop aq ketika blogwalking... err xbest!!!!!!!!!

fiD said...

betol2.. kadang2 yg berat ni lah buat masalh, hhee

Sylarius said...

Point no 3 tu, kalau gunakan bahasa sastera tahap bombastik gua tahan lagi. Yang buat gua tak tahan bila baca ayat-ayat ala SMS gedik-gedik bajet kiut. Kebelakangan ni ramai jugak budak-budak laki yang terjebak sama nampaknya.

belalang hijau said...

hhhmmm....
Bagus 4 info yg d beri tuh...
belalang pun selalu sampai ke blog yg guna
bahasa mcm sms tuh.ssh skt nk paham lagi2 utk blogger yg hampir lewat zaman remajanye mcm Belalang...
btw, klu rajin singgah and kasi pendapat utk blog Belalang...Takde niat nak baiki blog Belalang dlm masa terdekat nih.sekadar nak tau pendapat kawan2...
:-)

Kie-yu said...

ardinihumaira :
hehe. header xde mslh sgt. yg jd isu content blog tu.

kazirinkato :
Waalaikumslm~ sekadar berkongsi idea. Terima kasih sudi baca ;)

KaiZeN SHiNoBi :
Incek Kaizen sedikit sebanyak dah pun tlg menyumbang idea utk ai buat entri ni. tenkiu!

Kie-yu said...

fiD :
hehe. tau xpe.

Sylarius :
mmg dah jadi isu psl bahasa ni. tp ada jgk yg wat dek je.

belalang hijau :
tenx sudi singah sini. Kie-yu mesti jengah blog belalang hijau. dun wory ^_^

DALILA MISMAN said...

widgeo di blog ku telah pun dibuang sebab mmg menyampahkan

tunoor73 said...

tq..info yang menarik...harap 2 ada pembaruan pada bloggers..

_Yaya_ said...

hahaha..ciri2 tu mcm kt blog aku je..newayy rilex sudaa..jemputlah dtg blog haku..tolong komen skeet..
http://princessyayah89.blogspot.com

CikLilyPutih said...

thks for info, skrg aku dah tau apsal blog aku kurang visitor ek!

Kie-yu said...

_Yaya_ :
da usha blog u. ok, xde masalah. bahasa pon ok. still bleh faham~

CikLilyPutih :
Sharing is caring~ ^__^

Ann said...

aku blh suka baca blog yang ayat dia agak tersusun..tak perlu lah nak ulang baca lg, masa tu emas tau..

tp blog aku ok tak? dr segi 4 bnda ni.. haha

MissNafa said...

hurm..mmg pon..saye rase page saye pon lambat loading.. padahal xletak ape2 pon..ish..pening pk~

Kie-yu said...

Ann :
same with me. blog u ok la ann! dun wory~

MissNafa :
adela tu sonething wrong sumwhre. dah try tool kat entri ni?

Wawa said...

ahahaha... tips menarikkk.... kalau ada mp3 player ok la lagi... g x tahannnn kalo mp3 player auto play + xde butang nk stoppp! aiyokkk...

Kie-yu said...

Wawa :
hah. tu mmg tahap da parah~ hee.

MSR said...

Nasi tambah sket:

Penggunaan ayat-ayat potong atau ayat shortcut seperti sms (contohnya org,sy,skunk,dll) juga membantutkan niat untuk membaca sesuatu entri.

Anda Rasa Anda Cukup Pantas?

Kie-yu said...

MSR :
betul tu! setuju sangat2~

mR.sYaH said...

kena buanglh semua2 tu.. heheh..

karl said...

kalau camtu mungkin saya kena buang lembu kat bawah kiri blog saya..

Eciz said...

cis. perli le tu. sume tu kena kat aku. LALALALA

ZieSalikan said...

assalammualaikum...tq about info nie sangat berguna untuk saya yang baru bermula dalam blogger nie..