Ole-ole dari Mamat Korea | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, July 17, 2010

Ole-ole dari Mamat Korea


Tatkala sedang bertapa menanti kehadiran limosin kuning semalam, aku di sapa oleh seorang mamat chinese-look dengan sebuah file di tangan dan sebuah beg sandang. Dalam hati aku agak beliau adalah seorang salesman yang nak jual penapis air. Inilah mentaliti rakyat Malaysia. Hee.

Beliau memperkenalkan diri sebagai er...halamak lupa la nama dia, mintak mahap ye. Katanya dia adalah salah seorang penuntut di salah sebuah universiti di Korea dan sedang membuat satu kajian thesis mengenai 'Leadership Skill'.

Imej dari sini.

Muka surat pertama fail itu mengandungi penerangan tentang tujuan kajian yang dilakukan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan English. Selak muka surat sebelah sampai habis adalah gambar-gambar mengenai kajian yang telah beliau buat di beberapa negara seperti Vietnam, Thailand dan sebagainya.

Dalam 10 minit dia membebel hanya beberapa rangkap ayat sahaja yang aku faham sebab bunyi kenderaan yang mimbingitkan telinga. Tambah pula si mamat Korea ni speaking ada loghat dia, lagilah dengar tak dengar je butir bicaranya.


Ayat terakhir yang aku faham adalah "1 item is RM15 only" Hah! Apokobondo eh jang? Rupanya dia ni ada bawa sekali ole-ole dari Korea tapi kalau nak sila bayar RM15. Kaching! $$$.

Barang yang dia jual tu berupa penanda buku, handphone charm dan key chain hand made dari Korea. Agak comel-comel belaka. Aku tak teringat pula nak snap gambar masa tu.


Sebagai tanda sokongan kepada niat murni mamat Korea tersebut aku beli juga walaupun kalau nak ikutkan aku tak perlukan benda ni. Selain membantu dapat juga aku koleksi dari Korea. Kalau nak tunggu pergi ke sana ntah bila gamaknya kan.

Aku pilih handphone charm warna biru. Warna feveret katanya. Hee. Aku agak dia jual benda alah tu untuk menampung kos perbelanjaan di sini. Baguslah buat cara begini daripada kau dok mencuri atau jual badan nak dapatkan duit.

Udang comel telah ditangkap dari sini.

Mesti ada yang fikir ntah-ntah aku kena kelentong dengan mamat Korea tu. Aku pun ada terfikir juga kalau-kalau kegiatannya ada udang di sebalik mee batu. Tapi hati aku kuat mengatakan yang niat dia ikhlas. Sebelum di sapa, aku ada nampak dia bercakap dengan orang di sebelah malangnya kawan di sebelah aku ni tak berminat. Dia tak paksa dan terus beredar.

Cara dia perkenalkan diri pun sudah cukup meyakinkan aku, siap tunjuk kad matrik dan gambar universitinya. Bak kata Kak Aida, kita boleh rasa jika orang tu ada niat tak baik semasa kita berada dekat dengannya. Ala-ala sixth sense gitu.

Buat baik mestilah di balas baik juga kan? Kalau ada pendapat berbeza jom kongsikan.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Abang Polis ada Mesej untuk si Gadis : "kadang - kadang gadis - gadis nih yang saja biar diri mereka menjadi mangsa walaupun pelbagai mesej dan amaran diberikan untuk mengingatkan mereka." - hans



19 comments:

ardinihumaira said...

betul3.. kadang-kadang kita dapat rasa orang tu sedang berbuat baik pada kita melalui perlakuan dia. tak semstinya dia bermanis bicara atau berlagak sopan baru kita rasa dia tu baik.. tapi mungkin keikhlasan dan keluhuran budi dia, ianya membuatkan kita rasa dia ikhlas pada kita... tak de niat terselindung.. kan.. ^__^

Bukan Eciz said...

tp aku kan, sumenya aku tak caya. tapi da kalo mende yang dia jual aku minat, aku beli je. mana tau aku tolong dalam tak sengaja kan walau ditipu. KEHKEH. kalo aku minat, aku beli dengan ikhlas la kan? jd, tolong pun ikhlas. LALALA

cik aiLebiu said...

bagus mamat korea ni jenis x memaksa. klu jenis yg memaksa dtg jumpa aku, haram nk beli. org tempatan yg kebanyakan camtu kot. huhu.

Mr.J said...

waa.. bilelah dapat ole2


"info + Cinta + Rindu" = www.pengeRindu.com

Faiz said...

lau amik gmbr brg2 yg dia jual tu..xpasal2 dia cas lagi 5 hengget..haha

RinnAzrinah said...

1st impression kite terhadap seseorang itu adakalanya tepat.... kalo hati dok kata org tuh penyangak... mungkin betul la tu...huhu

Ieqa Swetluv said...

nsem x mamat tu??ekekeke

Unknown said...

woahh..bijak mamat korea tu..orang tak faham apa dia cakap at least orang beli ole2 dia kan??hahah..

p/s:suka sangat2 idea blog ni letak blog pilihan hari ini..great idea!

hans said...

hohohoho
comel2 udang tu
untung la mamat korea tu jumpa ekau
kalau jumpa den
memang den cakap,"No,Thanks!" sambil senyum.
hehehe

p/s : thanks link kan blog den

Hamizah said...

eh ye ke, kie yu?x ye pon dah terbeli,kan..benda kita suka..

Unknown said...

kalau cantik aku beli.. haha

Belalang hijau Perisik said...

belalang pun mcm tuh...
klu mamat korea tuh jumpa belalang
belum tentu dia dapat layanan mesra dari belalang...
hee...

Ken Wooi said...

went to korea before.. miss the place =)

adie said...

kalu aku mesti macam kawan sebelah ko tu.buat tak layan.sebab kalu layan mesti terjebak.

Nia said...

Masyarakat kita sekarang ramai yang skeptikal kalau dalam situasi macam tu, mungkin sebab situasi sekarang. Kesian dekat orang tu kalau dia betul-betul ikhlas dalam apa yang dia buat tu. Bagus la u tak skeptikal macam tu. ;)

iip albanjary said...

hi,
nice to visit your blog.

it's my blogwalking day:)

Nabiel said...

wahhh~
mcm best jek?hehehe..
utk nbiel xde ke kyu?lalala

Redbloodsnow said...

COMEY JEK HP STRAP TUH AH :)

MaryamJamilah said...

Oh2.. tetiber terminat ngan udang jadian tu. comel gile. kat sini takde eh bende2 unik camtu. yang ade keychain kayu bertulis, malaysia :p