Masa tengah syok melayan blog tadi aku ada terasa gegaran, agak kuat juga dalam 10 saat gitu. Aku abaikan je sebab fikir mainan perasaan semata-mata. (Padahal otak dah fikir ada momok bawah katil yang goyangkan. Serabai kan?)
Bila godeh-godeh mukabuku ternampak status cik Aisumi mengatakan beliau ada terasa gegaran. Ingatkan aku sorang je yang perasan. Beliau cakap memang ada gegaran di Sumatera, Indonesia. Aku pun terus gugel untuk mencari kepastian.
Ya, memang betul ada gegaran yang bukan hanya berlaku di Sumatera tetapi juga di Filipina. Patutlah gegaran terasa kuat semacam. Rupanya semalam pun ada gegaran juga sebanyak 2 kali, mungkin kita tak rasa sangat.
Earthquake: the last 2 earthquakes above 5 on Richter scale
Location: M 5.4, northern Sumatra, Indonesia
Magnitude: 5.4
Date-Time: 24 Jul 2010 02:11:25 GMT
Location: M 5.3, Moro Gulf, Mindanao, Philippines
Magnitude: 5.3
Date-Time: 24 Jul 2010 01:44:44 GMT
Bila scroll bawah ke laman ini ada satu gambarajah yang menarik dan agak seram. Meh cekidout:
Nampak tak? Betapa banyaknya kejadian gegaran di sekeliling yang kita tak perasan. Kalau tengok di gambar tu semuanya berlaku dekat sangat dengan Malaysia. Setiap masa pula tu ada. Takut woh!
Petikan artikel dari nowpublic.com:
The United States Geological Survey (USGS) reports that the earthquake struck at 06:08 am local time on Saturday July 24 at a depth of 604.5 kilometres. No tsunami warning has been issued at this time.
Apa khabar agaknya kawan-kawan kita di sana nuu. Meh la kita doakan semoga tiada apa yang serius berlaku. Takut woh kalau kejadian gempabumi dasyat 5 tahun lepas berulang kembali. Mintak jauhlah kan.

Ouh, terima kasih hensweb.org sebab bekalkan maklumat berguna ini!
Blog Pilihan Hari Ini
Entri Berenang-renang di Aquaria KLCC : "Akak bercadang nak pergi tempat tu cuti sekolah akhir tahun ni. Kawan opis akak yang pernah pegi kalau kita bayar guna debit card lagi kita dapat harga murah." - jieda
No comments:
Post a Comment