Lagenda Budak Setan Siri TV lah pulak | Belog Ohsem

Jom selongkar

Friday, July 23, 2010

Lagenda Budak Setan Siri TV lah pulak


Lepas meletup kat panggung wayang dengan kutipan melebihi RM4 juta, kini Lagenda Budak Setan (LBS) bakal meletupkan pula stesen televisyen berbayar Astro. Jaga-jaga cik Salmah!

Aku ada nampak iklan pasal siri televisyen LBS ini masa dok tengok CSI kegemaran minggu lepas. Patutlah ending filem tu macam tergantung rupanya nak sambung di Astro pulak.

Maka salahlah ramalan aku yang mana filem ini ada sequence seterusnya. Ada sambung-sambung kat TV ala-ala cerita Yusof Haslam gitu. Hiks.



Jadi kepada u ols yang kempunan nak tgk filem kat panggung, bolehlah tengok di Astro nanti. Tapi kurang syoklah sebab tak tahu hujung pangkal cerita awal-awal. Macam yang aku habaq tadi, siri TV ini adalah kesinambungan kepada filem tersebut.

Lagenda Budak Setan the series akan mula ditayangkan pada 3 Ogos ini di saluran Astro Prima (105) dengan 26 episod. Rumah mana yang belum pasang piring Astro tu bolehlah subscribe sebab harga pun dah murah sekarang. Nak yang mahal silalah hambik Astro B'yond. Kelas gitu!


Di Facebook rasmi LBS pun sudah kepoci tentang kemunculan siri TV ini. Nak tengok promo meh kelik sini. Banyak feedback yang anda boleh baca di sini, ada yang suka ada yang meluat.

Ada jugak yang siap bagi link download movie lagi. Cis, berani betul depa buat kerja sebegitu rupa. Kalau nak tau pergi tengok sendiri, macam-macam ada!


Kalau tengok promo macam syok yang amat. Pengarah untuk drama bersiri ini adalah Along Kamaruddin jadi kemungkinan besar takkan dikecewakan lagi seperti dalam filem.

Dengar cerita Farid Kamil masih memegang watak Kasyah tetapi untuk watak Ayu digantikan dengan Jue Aziz, bukan Lisa Surihani. Ada juga yang mengatakan Anne Ngasri adalah salah seorang pelakon untuk drama ini. Banyak la kot yang tukar-tukar sebab pengarah pun dah lain kan.

Kesimpulannya sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri McDonald's® GCB yang Sedap : "Yum3, bgs juge kan order ala carte disamping kurang kalori ;) Air gas boleh refill" - Peri PiA


6 comments:

joegrimjow said...

novel pon xabes baca lagi

Unknown said...

wah.. best nie.. hehe

my recent post:
SPONGEBOB PUN ADA SPONGEPEDIA??

Mrs. Q! said...

best la kot..
tengok je la nnt

Ard said...

ni la 1st novel ak bace. tp ak x tgk lg muvie dy.. hu2..
*sungguh x puas hati kenape farid kamil jd hero.. ganding ngn lisa surihani lak tu... arghjhhkslfkjs

Fareez said...

tak tgk lg movie ni...
ramai ckp best..
tak sempat nak tgk.. :(

Bukan Eciz said...

budak setan memang setannnnnnnnn ;p