Berenang-renang di Aquaria KLCC | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, July 24, 2010

Berenang-renang di Aquaria KLCC


Meh baca episod lepas di sini.

Sudah penat keliling KLCC, kekanda ajak pergi ke tempat berenang pula. Ehehe. Bukan aku dengan kekanda yang berenang tau tapi sang ikan dan kawan-kawannya. Ikan-ikan ini semua kami sekodeng di Aquaria KLCC yang berada di aras bawah tanah bangunan gergasi itu.

Ini merupakan kunjungan pertama kami ke sini. Minta maaflah kalau entri ini agak annoying. Orang lain dah pergi berapa puluh kali daa..

Ok, berbalik semula ke cerita asal. Segala macam jenis ikan ada di Aquaria KLCC ni, dari yang sekecil-kecil umat sampailah sebesar-besar alam. Jakun Teruja sungguh kami tengok mereka berenang sama-sama dalam air nuu. Rasa nak pergi berenang sama-sama pun ada.

Bayaran masuk untuk lihat keajaiban hidupan dasar laut ini adalah seperti berikut:
Sumber: Aquaria KLCC

Tiket untuk aku dan kekanda dikenakan bayaran sebanyak RM70 sebab ada mykad. Tapi tak mintak pun tengok mykad, mungkin tengok muka masing-masing sudah cukup membuktikan yang kami bukan foreigner. Hee.


Dekat entrance ada satu sudut yang mana kita boleh pegang/sentuh hidupan laut ini secara live. Aku berpeluang pegang jerung putih tapi tidaklah besar mana. Selain tu ada belangkas, tapak sulaiman, siput dan macam-macam lagi. Semua boleh dipegang kerana spesis ini tidak membahayakan.

Banyak aktiviti menarik yang boleh kita saksikan antaranya aktiviti memberi makan kepada ikan piranha dan hidupan laut lain. Serangga pun ada dipamerkan untuk tatapan pengunjung. Memang syok! Tak rugi u ols masuk dan tengok semua ini.

Sampai satu sudut pula kita boleh lalu dibawah terowong air yang macam selalu tengok kat TV tu. Atas kepala ada banyak ikan yang dok lalu lalang. Feeling-feeling menyelam kat laut dalam tapi tak basah langsung. Hee.

Tengok tu kekanda asyik sangat tengok ikan-ikan sampai adindanya ini candid gambau pun dia tak perasan. Yang seronoknya dalam terowong ni kita akan berdiri di atas lantai yang bergerak jadi tak payah nak melangkah atau berlari. Kalau nak jalan juga tiada masalah sebab ada lane untuk sesiapa yang nak berhenti dan tengok ikan dalam aquarium gergasi tu dengan lebih teliti.

Sebelum keluar, sempat juga rembat cenderahati untuk kenang-kenangan. Ini benda wajib bagi kekanda. Aku pilih frame yang ada hiasan ikan-ikan dan kekanda ambil mug comel gambar kuda laut. Frame tu nanti aku nak bubuh gambar yang kami ambil masa kat dalam. Jumlah ongkosnya RM20.80 sahaja. Maklumat lanjut tentang Aquaria KLCC boleh didapati di laman web rasmi mereka. Klik link ye.

Haa..sebelum terlupa! Aku ada jumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama. Meh cekidout:

Hee. Tengok tiang ni terus teringat kat Mr. PenyuBiru. Cepat-cepat keluarkan handphone dan snap! Ekceli aku nampak masa nak masuk ke Aquaria. Saja tepek hujung-hujung entri untuk gimik kononnya.

Selesai sesi merayau-rayau kami pun berangkat semula ke Masjid Jamek untuk ambil LRT ke Bukit Jalil. Sampai saja terus beli tiket untuk pulang ke Johor. Merasa naik bas double decker akhirnya sebab kebetulan bas itu yang nak jalan masa kami tiba. Semestinya kami pilih untuk duduk di tingkat atas weh.

Babai KL!
Jumlah perbelanjaan semasa:

Tiket Aquaria = RM70.00

Cenderahati =RM20.80
Jajan lagi! = RM12.00
Tiket KL-JB =RM62.00
JUMLAH =RM164.80

Jadi jumlah keseluruhan perbelanjaan sepanjang di KL adalah RM271.85.

Bajet lari sikit. Hee. Kena beringat lepas ni.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Central Plaza ke Plaza Sentral? : "belalang pegi kl kerap gak kebelakangan nih...tapi sorry tlg jgn tnya jln mana yang belalang gunakan atau hape yea...Makcik GPS yang tlg bawak belalang supaya x sesat...klu xde makcik tuh,abis la belalang...kuikuikui " - belalanghijau


No comments: