Lindungi Kulit Dari 'Sunburn' | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, July 8, 2010

Lindungi Kulit Dari 'Sunburn'


Anda perasan tak sekarang ini panas lain macam bila matahari naik atas kepala. Mungkin salah satu petanda akhir zaman. Jadi sama-samalah kita lebihkan amal masing-masing ye.

Kesan daripada suhu panas yang melampau ini boleh mengakibatkan 'Sunburn' kepada kulit kita. Sunburn atau dalam bahasa ibundanya err..apa eh? Matahari terbakarkah? Hee. Buat-buat faham sahaja lah labuu.

Ok, jom cekidout informasi lanjut tentang sunburn di sini.

Gambar dicolek dari sini.

Untuk mengelakkan dari terkena sunburn, aku ada 4 tips berguna yang nak dikongsikan kepada anda:

1. Lindungi kulit anda dengan memakai pakaian dari sumber kapas (cotton) terutamanya bahagian lengan dan kaki. Anda sudah boleh bodek mak / ayah / suami / kekasih untuk shopping baju baru dengan menggunakan alasan ini.

2. Gunakan payung atau topi yang lebar semasa anda berada di bawah terik matahari untuk melindungi kulit daripada terkena cahaya UV. Pepatah melayu dah boleh tambah satu lagi: Sediakan payung sebelum matahari terik. Hee.

3. Elakkan daripada berjemur antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang di mana matahari sedang terik ketika itu. Kalau terpaksa juga tak dapek den nak nolong.

Gambar dicolek dari sini.

4. Gunakan losyen pelindung UV atau sunscreen yang mengandungi sun protection factor (SPF) 15 sekurang-kurangnya; jika anda perlu terdedah kepada cahaya matahari untuk jangkamasa yang panjang. Gunakannya 30 minit sebelum anda keluar dan kerap sapukan losyen tersebut untuk perlindungan berpanjangan. Jangan malas! An apple a day keeps the doctor away.

Maklumat disedut dan diubahsuai daripada sini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Aku suka makan kulit ayam goreng. heee.


14 comments:

Mr PenyuBiru said...

kena pakai baju lengan panjang juga.

ardinihumaira said...

nak satu! hehehe... dni lom penah pakai sunblock.. sebab dni pakai losyen pun malas tau Kie-yu.. rajen beli tapi malas pakai. jangan gtau deen.. ;p


p/s: nak belikan deen sunblock tu la sebab tak lama lagi dia ada sukan sekolah seminggu

kaizen shinobi said...

err perluke? heheheh

aq pakai sekali je.. tuh pun waktu PLKN, amek terbakar kot kulit aq? hahaha

Sylarius said...

Hanya lelaki metroseksual sahaja yang gemar pakai menatang 'sun block' ni. Lelaki 'rural' macam aku memang tak padan sebab kulit aku dah already burned. Tak sempat nak block lagi dah weyh.

latvia said...

mmg bagus tp b'cinta nak pakai ~~~

Hassanah said...

thanx sebab bagi tips tuk shopping bj baru
=)

entry terbaru
Jom Beli
Kartun Dulu-dulu Part 2

nosembilanbelas said...

yg penting..jangan berjemur..baru tak hitam..T_T

Cik Nass said...

Memang perlu pakai sekarang. Bila kena sunburn..pedih wooo~

enyheartsdiamond said...

setengah sunblock bole buat muka lagi teruk

cikgadis konfiuss said...

@Mr PenyuBiru

betol! =)

cikgadis konfiuss said...

@Sylarius

wakakak lawak la komen yg ni.. haha

suhaisweet said...

Visiting here friend..Nice..Special contest bring to u.. Don’t Miss it!

Nia said...

ha,..yang SPF 130 tu bagus tu. Tapi, takde la 100% tak terbakar, ada jugak kesan2 'tan' tu sikit. macam ahkak ni ha..huhu

~Ann~ said...

tak suka pakai sunblock, melekit.. euwwwwww

slalu gak sunburn sebab kulit sangat sensitif, so slalu guna tips yang 3 la. haha.. elakkan sebarang contact dengan matahari, hanya admire dr jauh. hukhuk