Malam Nisfu Syaaban yang Penuh Berkat | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, July 25, 2010

Malam Nisfu Syaaban yang Penuh Berkat


Pada tahun ini Nisfu Syaaban jatuh pada 27 Julai 2010 (hari Selasa) mengikut kalendar Masihi. Kekanda mengingatkan aku sewaktu makan malam bersama semalam. Masa untuk pacak bendera merah masih jauh lagi. Dapatlah aku berpuasa nanti. Yeay!



Nisfu atau Nisf dalam Bahasa Arab bermaksud separuh dan pada malam 15 Syaaban 1431H (juga tahun-tahun lainnya) segala amalan kita akan dibawa naik oleh malaikat maka bermulalah lembaran baru untuk amalan kita setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. (Sumber: Wikipedia)

Untuk mendapat keberkatan pada kita disunatkan untuk:

1. Berpuasa pada siang hari

2. Membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali pada sebelah malam

3. Mengadakan Qiammulaial


4. Membaca doa Nisfu Syaaban


Klik di sini untuk muat turun dalam format PDF - high resolution file:1.1 MB
(Sumber:
Ibnu Sofar )

Antara kelebihan bulan sya’baan ialah:


1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’baan maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah, Yusof a.s. di dalam syurga;

2. Pada malam nisfu sya’baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:
"Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya." - Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w. (Sumber: Soleh.net )

Tinggal sehari je lagi nak menyambut Nisfu Syaaban.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri 'King of Kings' di sambar Petir : "amek~ king r sangat kan3? hahaha " - kaizenshinobi


No comments: