Sample Frozen Food Percuma! | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, July 22, 2010

Sample Frozen Food Percuma!


Mood kepoci cerita dari KL belum sampai seru. Esok-esok la kot. Petang ni mood nak cerita pasal makan-makan sempena ketibaan Ramadhan yang tak sampai sebulan je lagi. Kaklong, kakngah, mak uda, dek non semua sudah bayar hutang belum? Hee.

Imej dari sini.

Ingat lagi tak aku ada selit cerita Mrs. Fansuri (MF) dan busines frozen food beliau dalam entri Resepi Kuih Dangai kini di Hujung Jari? Disebabkan barang ni baikkkk punya, aku nak kongsikan kepada u ols sekalian.

Frozen food yang beliau jual ni adalah makanan segera yang bebas dari bahan kimia ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tak macam yang dijual di pasar raya sana. Segala macam bahan kimia dicampak semata-mata nak bagi tahan lama.

Kuih muih sejuk beku ini adalah home-made dan hanya akan dibuat jika ada tempahan sahaja. Depa tak jual yang sudah simpan berkurun-kurun dalam peti ais kerana ianya sangat tidak menyelerakan!


Mengikut pengalaman aku sendiri kebiasaannya kalau beli di bazar ramadhan kuih donut punyalah liat macam tayar lori. Karipap pula boleh buat goncang-goncang sebab banyak ruang kosong di dalam. Putus selera nak makan dibuatnya. Tapi yang aku cakap ni bukan semua tempat la ye. Ada segelintir peniaga je yang guna cara kotor begini. Sanggup tipu pembeli semata-mata nak untung. Tak baik tau!



Macam yang aku habaq sebelum ni, aku sudah cuba ngap semua jenis kuih tersebut dan memang tidak mengecewakan.

4 sebab kenapa kena beli frozen food MF ni:

1. Sedap hingga menjilat jari
Kuih donut punyalah gebu tak hingat. Setiap bungkusan siap ada gula sepaket. Tak payah susah-susah nak cari gula halus lagi. Karipap pula inti memang penuh dan bukan sekadar melepas batuk di tangga. Karipap sardin BUKAN 90% bawang dan 20% sardin.

2. Mudah dan jimat masa
Kalau bersahur kadang malas nak makan nasi jadi anda boleh gantikan dengan kuih-muih ni. Jimat masa dan boleh makan panas-panas. Gerenti puas hati sebab kuih ni bukan jenis yang hidup segan mati tak mahu. Hee.

3. Murah dan berbaloi-baloi

Sebungkus ada 10 pcs dan anda hanya perlu bayar RM3.50 - 4.50 untuk kuih yang sedap. (Harga mengikut jenis kuih) Kalau beli banyak harga boleh kurang pula tu. Bandingkan jika anda beli diluar, RM1 hanya dapat 3 pcs dan kalau nasib tak baik dapat yang tak sedap.

4. Banyak pilihan
Ekceli ini hanya sebahagian je sebab ada banyak lagi pilihan lain. Kalau ada kuih lain yang anda berminat tinggalkan komen. Nanti aku update kuih apa lagi yang ada.


Kesimpulannya, meh la meriahkan masa sahur/berbuka anda nanti dengan kuih-muih yang sedap ni. Istimewa untuk readers R4T, aku nak bagi sample percuma kepada sesiapa yang berminat nak beli tapi masih was-was lagi. Aku akan poskan sebungkus yang dalamnya ada 4 jenis kuih, 2 pcs setiap satu. Maknanya ada 8 pcs untuk sample percuma ni.

Oleh kerana sample sahaja yang percuma maka kos penghantaran (pos laju) kenalah bayar - RM 7 jeee. Ini hanya kos penghantaran semata-mata dan aku tak untung apa-apa. Paham-paham jelah dek kerana kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni, tak mampu rasanya nak bagi percuma segala. Hee.

Sesiapa yang nak merasa sample frozen food yang sedap ni emailkan permintaan anda ke fourth.floor424@gmail.com. Nak boh di kotak komen pun boleh, via FB/twitter juga no problemo. Tanyakan apa saja yang berlegar di minda atau order terus! hee.

Rugi kalau tak beli. Recommended by R4T!

Blog Pilihan Hari Ini - 19 Julai 2010

Entri Resepi Kuih Dangai Kini Di Hujung Jari : "Aku 1st time makan kuih tu kat kedah aa. Sedap juga.Bentuk apapun tak kisah,janji boleh telan kan. - Mr. PenyuBiru

Blog Pilihan Hari Ini - 20 Julai 2010

Entri Sayonara : "We miss you too! (2 hari bukan nyer lama pun) Hehehe =D Happy working!" - Rabia Sensei


17 comments:

hans said...

hohoho! tak sabar balik rumah! makan dekat rumah best nih!

P/S : Sebab Pinggang Gua Tergeliat Jadi Hari Nih Gua Jawab Soalan Jer Lah

MaryamJamilah said...

Roti canai pun boleh eh. :p
bisnes sekali la kie yu

ardinihumaira said...

Kie-yu... ala... sempat tak dni nak chop ni... nak chop la kalau ada peluang lagi ni,..

Putera Katak said...

nak samosa ... :)

Mrs. Q! said...

setakat ini ada 8 lagi kekosongan
email cepat sblm habis kuota
hee :D

edaolala said...

wow ! laparr laa tengok makanan kat atas tu ! Nak nak ! hihihi

Era said...

alaaaaaa...

ingatkan dapat free terus..:)

Mrs. Q! said...

@cik Nemo
Percuma la tu
RM7 utk postage je :D
Kalau ikutkan RM10++ tau~

gnesop said...

sop nak semua boleh?
bagus la Kie-yu, balik KL terus bg kuih free.. i like

adie said...

adeh! dahlah aku tengah lapar ni,bleh plak citer pasal makan. kalu pos makanan tu sampai skang bleh tak? hehe

p/s : thanks sebab memilih komen ku sebagai komen pilihan. :D

Bukan Eciz said...

donat! donat! ilike!

Nia said...

Frozen food ni kalau kena gayanya memang boleh untung. Tapi, resepi asal tu kena la pastikan memang betul-betul sedap. Macam frozen food yang Kie-Yu cakap ni.

Entri Terkini: Sos Mania

MaryamJamilah said...

ade lagi kosong ke kie yu?

soffya cik bulan said...

nak3..
ada lg ke kie-yu?
hehehee

Nadiene said...

kasi free? heee

Mrs. Q! said...

yup
F.O.C
ada 6 lagi available
sape nk email cepat k :D

Jaja Only Sweet Things said...

hi kie-yu ^^

just to inform you, we are having our 1st ever blog GIVEAWAY!! check it out at...

http://ostcabin.blogspot.com/2010/08/first-giveaway.html