KFC Toasted Pocket-not-so-ful | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, July 1, 2010

KFC Toasted Pocket-not-so-ful


"Cuba pakcik cerita macam mana pakcik boleh sampai ke sini"

"Semalam pakcik makan Toasted Pocketful di KFC dan tiba-tiba boom! pakcik dah ada kat sini dengan basikal pakcik ni lah"

Kring..kringg (bunyi loceng basikal)

Mesti ramai yang sudah dengar iklan ini kan? Disebabkan ayat manis pakcik dan basikal tuanya, aku mengheret kekanda ke KFC Petronas Skudai Taman Universiti untuk sama-sama boom! merasa kelazatan menu baru tersebut.

Rembat gambau di sini.

Macam sedap nau bila tengok. Meh nak keluarkan pendapatan dari otak agak-boleh-pakai aku. Rasanya tak lebih tak kurang macam Toasted Twister (TT) - my all time favourite. Bezanya menu baru ini ada rasa manis-manis sebab intinya ditambah dengan jagung manis macam yang ada di pasar malam tu. Bagi aku yang suka tahap gaban terhadap TT, jadi tekak aku juga boleh menerima Toasted Pocketful.

Nak tengok apa krew KFC Petronas Taman Universiti sajikan untuk aku dan kekanda? Nah sila jamu mata.

Nasib baik sempat snap gambau. Tengok kat depan nuu..kekanda sudah mendahului dengan sesi tuang sos di pinggan. Lapar ye banggg??

Aku dan kekanda memilih set X-Meal sebab boleh dapat extra ayam goreng seketul. Ayam tu adalah daripada kaum black-pepper crunch. Boleh tahanlah sebab terasa black pepper kat tekak.


Aku sengaja tepek gambar ini untuk anda bezakan dengan gambar promosi KFC di atas sana. (Sengaja mahu bikin kontroversi juga. hee) Dek kerana ayat kecik kemetot di bawah gambar, 'Servings featured are for illustration purposes only' maka kita tak boleh nak pegi komplen atau saman tempat makan segera kesayangan ramai ini. Terima je lah dengan redhoo bak kata blogger kegemaran - kak Di.

Siapa mau online voucher 10% diskaun untuk Toasted Pocketful Combo meh kelik sini. Sumber: fly.fm.

Ada yang dah cuba? Meh kongsikan pendapat anda di kotak komen~



15 comments:

hanaKir@ said...

hahah..bwu je tingat nak rase..

princess_eryna said...

sedap ker??... hubby plak baru pesan smlm suh tapau kn kehepsi baru tu...

Hamizah said...

meniaga ke cekik darah org?

kenwooi said...

hahaha.. the power of marketing advertisement! =P

Aini said...

sodap.. baru semalam ngap pocketful ni =)

kianfai87 said...

hmmm it seems to be tasty but some of the KFC branch didnt really release this Toasted Pocketful

ardinihumaira said...

sedapnyaa! nak jugak.. Kie-yu kasi seua kat di.. lalalala ;p

InBliss said...

KFC

NabiLLa NaSir said...

haha cuba bace luahan hati kat sini
http://mestarstruck.blogspot.com/

die pun bagi komen pasal kfc tak brape nak full ni. hehe

WZulhilmi said...

hahaha.. hampir sam komen kita ttg perbezaan gambar promo dgn the real thing.. :)

smallkucing said...

hahaha...biasa la..the food always not the same as display haiz...

Siti Noor Afiq Idris said...

waahhh~~ mcm sedap je! dah lama tak makan kfc.. ^^

Aujinz said...

lapo lapo..

mo pekena Kepsi gak aaa...

Emora Valeria said...

alamak..sedapnya T_T

Cik Durian said...

nmpk yg tu mcm sedap..maybe sbb fresh kot bru buat.. yg sy mkn tu serius hampeh.. boleh rse lemaunye..huhuhu...but i like toasted twister sbb rsenye better... i dont really like dat corn kernels..