Budak Sekolah Zaman Sekarang | Belog Ohsem

Jom selongkar

Friday, December 24, 2010

Budak Sekolah Zaman Sekarang


Awal tahun ni ada berita tentang Sekolah untuk Pelajar Hamil yang dikhabarkan akan dibina di Melaka. Dah ada ke belum aku tak pasti. Wah! isu pelajar sekolah lagi hot dan sensasi sekarang ni.


Isu yang boleh dikatakan baru tapi tak baru sangat ialah mengenai pelajar sekolah yang dibenarkan berkahwin. Ekceli aku baru terbaca komik dari respek group, itu pasal tergerak nak up kan entri ni.

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:

.......................................................................................................................

Meh nak share dengan u ols:




Kementerian tak boleh halang pelajar nak nikah

KUALA LUMPUR: “Tiada dasar yang boleh melarang mereka berkahwin, tapi jika dia didapati mengandung, maka dinasihatkan supaya berhenti sekolah,” ulas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai pelajar bawah umur 17 tahun yang bertunang dan berkahwin pada usia muda.


Menurutnya, jika keluarga pelajar terbabit sama ada lelaki mahupun perempuan memberi persetujuan dan restu mereka untuk berkahwin, malah turut disokong kebenaran mahkamah, tiada sebab kementerian perlu melarang apatah lagi tiada perundangan membolehkan berbuat demikian.


Katanya, beliau juga turut yakin isu berkahwin pada usia masih mentah dan berada di alam persekolahan tidak akan memberi kesan buruk kepada pelajar di seluruh negara ataupun mempengaruhi mereka, memandangkan jumlahnya tidak begitu ketara.
[Baca lagi]

Sumber: myMetro

Parah ni parahhhh..





9 comments:

kaizen shinobi said...

hurm... ape yg parah? hehehe

aku rase lagi better kawen, cuma maybe pelajaran akan terganggu.

hurm, same je kot kalau nak compare student yang kawen ngan student yang couple... wahaa!

Azman Roslan said...

kalau kawin sape nak tanggung makan minum, rumah lagi.. parah la mak bapak budak tu nanti.. heheh..

Asyraf Hamasaki said...

Apa yg parah nya kie yu dalam islam sendiri da ada petunjuk dan hukum hakam mengenai kawen jaruh hukum wajib utk berkahwin apabila
Zina itu tidak lg boleh di jauhi mukaddimah dia mmg da banyak la kan wayang berdua2 dating berdua dua kalau ikut hukum islam betul2 haram
Seorang wanita berdua duaan dgn lelaki tanpa di temani mahramnya tp sbb kita ni bukan maksum cair dgn bisikam syaiton ( termasuklah org yg sedang menaip komen) kitatelajak jugak jadi bukan kan satu pekara yg baik utk di kahwinkan mereka bg MEngelakan zina dan pembuangan bayi ops dan benar kahwin bukan utk
Seks tp tggjwb mereka masih muda so? Sdgkan yg tua bangka oun becerai berai kan?dugaan rumah tangga and when the time pass by diorg akan sedar betapa beratnya tanggungjwb itu adakah sudah terlambat menyesl? Oh tidak kerana mereka
Telah halal antara satu sama lain lebih baik dari mneyesal lalu menggugurkan bayi ygntidak berdosa


Bilatintaberbicara
Via I-phone4
Memerhati duniaml maya dari pejabat :)

Mr PenyuBiru said...

ekceli scenario ni dah lama berlaku.zaman aku sekolah menengah dulu dah berlaku dah.tapi masa tu tak jadi isu sangat.biasalah sekolah kampung jer.

munna said...

tetap ada baik dan buruknya hal2 nikah kahwin masa sekolah ni... tapi kalau boleh dielakkan janganlah kahwin masa umur muda ni... takut banyak kes penceraian berlaku gara-gara akal masih belum panjang...

ardinihumaira said...

ada yang hari tu f2 dah kawen kan... tah la.. pelajaran penting... tapi dah sampai jodoh nak wat cmana.. bab yang hmil luar nikah ni lak. isk.. tatau nak fikir. ni kes sekolah duk main cinta monyet pastu parents bagi kebebasan sangat. mungkin begitu kot. kena pantau anak g mana...

hans said...

dua2 ada pro dan contra nya
tak tahu la macam mana
apa2pun akhirnya terpulang pada pelajar itu sendiri

P/S : Tolong Belikan Topup! Penting Nih!

aren said...

adoi.. mmg parah! kalau depa kawen ntah sapa la nk bg makan minum. mkan pasir jela kot

LiFe KaMi said...

mmg bagus utk mengelakkan maksiat..
tapi adakah perkahwinan yg terlalu muda dpt kekal lama..pemikiran muda perasaan kurang matang..
renung2kan..