Semalam dan Hari Ini Tak Sama | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, December 2, 2010

Semalam dan Hari Ini Tak Sama


Selamat pagi Khamis u ols! Aku suka hari Khamis sebab hari ini kakak,abang, pakcik makcik kerajaan pakai baju batik. Bila agaknya turn aku pulak nak pakai batik hari khamis yek. Eh! apa aku merepek ni - -"


Sumber: etsy.com

Semalam punya cerita
Aku bangun lambat sikit dari biasa sebab mau heret si puteh ke tempat kerja. Mesti pakcik laju rindu aku nanti. hikhik. 15 minit je perjalanan ke tempat kerja *jammed not included. LOL!* Sampai office jumpa bos, meeting sekejap then bermulalah rutin aku sebagai seorang buruh pekerja yang berdedikasi (ke?)

Petangnya dapat calling dari geng Meh Bergosip (MB) ajak beli hadiah pengantin. Balik kerja segarkan diri sikit terus keluar jumpa depa. Pung pang pak pung pak pung sampai pukul 11 lebih bergosip di Restoran Endang Taman Universiti. Ok jom balik!

Sebelum tidur dok golek golek terasa macam ada yang tak kena. Rasa sesuatu yang aku tak buat hari ini. Apa ye?

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:



.......................................................................................................................


Omaigod!

Aku tak update belog hari ini. Tepuk dahi sendiri dua tiga kali. Hampeh!



Hari ini punya kes
Dialog antara 2 beradik pagi-pagi buta tadi:

Adik : Kak! aku tertinggal transport. Hantar aku pergi kerja boleh?

Aku : Aku mane tau jalan *jawab tengah mamai*

Adik : ala kau ikut je jalan yang tu bla..bla..bla..

Aku : Kau bawak je la kereta. Aku naik bas. *sambil tarik selimut*

Pukul 7 pagi bangun siap-siap pergi kerja dan catwalk ke sarang limosin kuning. Perut bergendang lalu kaki melangkah ke kedai makan berhampiran untuk rembat sarapan pagi. Menu hari ini kuih muih 3 ketul dan teh ais sebungkus. Dalam perjalanan sroot srooot teh ais yang enak!

Sikit lagi nak tiba perut berkeroncong semacam. Sampai destinasi berdessup ke pejabat dan terus ke bilik termenung. Cis! ni mesti teh ais punya angkara. Nasib baik tak berterabur tengah jalan :p


Keputusan Top Komentator November akan diumumkan hari ini. Mintak ampun..




10 comments:

Kancilbiru said...

hahahaa sakit perut di pagi hari tu adalah normal...best apa!

Kie-yu said...

@Kancilbiru
tapi kalau bukan di tempat yang sesuai tak best gak sis :p

ZieSalikan said...

adatlah pagi-pagi..proses yang sihat...heheee

Belalang Hijau said...

bagus tau bila bangun pagi terus berkunjung jumpa encik jam...

itu menunjukkan sistem perkumuhan berada dalam keadaan baik...

hee mcm doktor lak...

ardinihumaira said...

penghadaman yang bagus :D heeeeeee

Azman Roslan said...

siapa yang top komen tu.. yang pasti bukan aku.. heheh

munna said...

klu kak munna macam kie-yu pg2 dah masuk bilik termenung kan best... ini tak selang 2 hari baru ada rasa nak masuk bilik termenung tu..

Weeda said...

weeda jenis takleh makan awal2 pagi..kalau tak jadi macam kie-yu tu la..hee~

sw33tdarling.com said...

:) senyum simpul2...

gnesop.com said...

huhuhu...
susah juga kalau berterabur atas jalan.. sapa nak jawab tu? huhuh