Doa Akhir dan Awal Tahun. Salam Maal Hijrah 1432 | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, December 6, 2010

Doa Akhir dan Awal Tahun. Salam Maal Hijrah 1432


Hijrah itu indah!

Sumber:khalifmujahid.blogspot.com

Tak sampai sejam je lagi semua muslimin dan muslimat akan menyambut awal Muharram. Terasa pantas masa berlalu sehingga habis sudah setahun dalam kalendar Islam. Semoga tahun baru ini kita sama-sama akan menjadi hambaNya yang lebih taat dan soleh. Amin.

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:



.......................................................................................................................

Meh kita berdoa sebelum berkahirnya tahun 1431H tahun ini. Doa akhir tahun hendaklah dibaca sesudah solat Asar.


Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.Ya Allah,segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu,sedang kami belum bertaubat,padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan seksa untukku,dan Engkau telah mengajak aku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.Kerana itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah aku kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, aku mohon kepada-Mu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan,semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Amin yaa rabbal ‘alamin.


Ini pula doa awal tahun yang dibaca setelah Solat Magrhib. Bermulalah tahun 1432H :)


Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya. Amin yaa rabbal ‘alamin


Sumber: Respeks_group

Salam Maal Hijrah semua orang!


14 comments:

Asyraf Hamasaki said...

Salam maal hijrah

lilema_ said...

salam maal hijrah :D

hans said...

thanks 4 da entry
jumpa juga akhirnya versi Jawi
senang sikit nak baca

P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

P/S : Cek Nuffnang Dah Sampai..Yehaa!

ardinihumaira said...

salam maal hijrah, kie-yu!

munna said...

selamat maal hijrah kie-yu..

ooooo ada waktu yang sesuai ye nak baca dia tu... sama-samalah kita perlihara agama islam

tengkorakemas said...

Salam Maal Hijrah buat kie-yu dan semua pengunjung R4T ni :D

semoga azam masing2 tercapai ye

darkbatman said...

salam maal hijrah.. hoho

LiFe KaMi said...

Selamat menyambut maal hijrah ..
semoga kita dapat berhijrah lebih baik dari sebelum..:)

anamizu said...

salam maal hijrah ^^

Mrs. Q! said...

@Asyraf Hamasaki, ema サニ,@munna

salam maal hijrah juga :))

Mrs. Q! said...

@tengkorakemas, darkbatman, LiFe KaMi

tq :))
salam maal hijrah utk kamu juga..

Mrs. Q! said...

@ardinihumaira, anamizu

tq :))
salam maal hijrah juga..

Mrs. Q! said...

@hans
wc dude!
baca jgn tak baca :)

gnesop.com said...

salam maal hijrah buat Kie-yu dan keluarga :)