McDonald's disaman kerana Happy Meals | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, December 19, 2010

McDonald's disaman kerana Happy Meals


U ols pernah makan Happy Meal(HM) dari McDonald's? Mesti pernah kan kan. Kalau tak sekarang mesti masa kecik kecik dulu. Best sebab dapat mainan free :) Pssst..nak tau tak, aku ni dah besa gabak pun kadang-kadang merengek pada kekanda suruh order Happy Meal kalau ada mainan yang berkenan di hati. Hee.


Sumber: mcdonalds.com.my

Cerita pasal Happy Meal ni ada ibu bapa dari luar negara yang telah menggunakan kuasa veto sebagai pengguna menyaman restoran makanan segera kegemaran ramai tersebut. Ini adalah kerana mainan percuma yang ditawarkan didakwa telah menggalakkan anak mereka untuk ngap makanan segera lebih daripada makanan berkhasiat. Heh. Itu macam pun ada ka?

.......................................................................................................................
Iklan sekejap:


Photobucket

Ada bloger tak bagi Dni update blog? Siapa tu? Jom kepochi :)
.......................................................................................................................

Aku tak pasti sama ada dia menang ke idok kes ni tapi apa yang aku nak ketengahkan ialah kalau dah takmoh anak makan HM tu janganlah bawak deme pergi hadap mekdi. Betul tak? Jom baca berita yang dilaporkan:

LOS ANGELES: Ibu dua anak dari California mengemukakan saman bersama terhadap McDonald’s yang mendakwa permainan yang diberikan bersama Happy Meals secara tidak adil mengumpan kanak-kanak mengambil makanan tidak sihat.

Monet Parham mengetuai saman yang disokong Center for Science in the Public Interest (CSPI) bagi menghentikan tindakan gergasi makanan segera itu menggunakan permainan untuk pemasaran mensasarkan kanak-kanak secara langsung.

Menurut CSPI, pemasaran seperti itu mempergunakan kanak-kanak secara tidak sah.Justify Full
Parham berkata, sebab utama anak perempuannya Maya, 6, mahu ke McDonald's ialah untuk mendapatkan permainan berasaskan watak Barbie, i-Carly, Shrek, or Strawberry Shortcake.

“Saya bimbang mengenai kesihatan anak saya dan merasakan McDonald’s hanya patut menjadi sebahagian kecil daripada permakanan dan pengalaman zaman kanak-kanak mereka," katanya. - AFP

Sumber : Berita Harian Online

Macam-macam lah manusia ni kan.





9 comments:

Amir Izzat said...

hahaha..macam2 lah..pasal tue pun nak saman..biasa ar mereka pun cari duit..huhu...anak2 pun satu..awat nak mainan..hahah

shapoji said...

salah die la, sape suruh gi beli lagi happy meal tuh, gi la beli permainan jer terus. bodoh punye emak, dah salah die, nak saman org lain lak, err, ptutnye anak die saman die. kikiki

hans said...

hahahha
mungkin sebab anak diorang merengek lah kut
terpaksa bawak sebab budak2 kalau dah mengamuk nak makan memang susah
tu diorang marah tu
ekekekek

P/S : Tiba - Tiba Teringat Kisah Lama

Aujinz said...

diorang dah banyak perabih duit beli Happy Meal..
tue yang diorang saman sebab nak duit balik..

bukan bebudak tue makan sangat pun Happy Meal tue.. nak menan jer..

Ms. Qhayal said...

duit saman tu nanti boleh cover perbelanjaan mainan anak dia nanti

ISZA said...

inilah namanya lari dari tanggungjawab pastu salahkan orang lain..

ceksumolek's said...

sumi gila dgn kfc je.. tapi xde la smpai beli selalu sgt..

hans said...

hahaha
sokong komen Aujin
happy meal mahal kut
hehehe

P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

ardinihumaira said...

dni nak saman gak la.. dni angau nak makan beger sebab beger dia best. rasa nak makan 10 bijik. gemok kang dni.. huhu. saman diaaaaaaaaaaaaa miahaha :D