E-mail Meragukan dari Atiqah | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, July 25, 2010

E-mail Meragukan dari Atiqah


3 hari lepas aku ada terima e-mail yang agak pelik bin ajaib bagi aku. Tujuan e-mail ini di hantar memang dah tau dah tapi apa yang menariknya adalah nama si pengirim e-mail. Meh cekidout apa yang aku maksudkan melalui print screen di bawah:

Klik untuk kejelasan imej.

Penghantar e-mail ini memperkenalkan dirinya sebagar Nor Atiqah bt Zainudin yang bertugas di Gems dan GLAM Company di England. Dalam kepala otak sudah teringatkan sahabat aku Atiqah yang sedang menuntut di UTP. Dah lama tak dengar khabar dak kenit tu. Hee.

4 perkara meragukan yang ketara dalam email ini:

1. Cuba perhatikan nama pada perenggan pertama dan di akhir surat. Mula-mula Nor Atiqah lepas tu tukar pula ke Nur Atiqah di penghujung email. Takkan nama sendiri pun lupa kot?

2. Undisclosed recepient. Kalau email biasa akan ada perkataan 'atiqah atiqah to me' di atas email menandakan yang ia memang dihantar untuk aku.

3. Awal-awal lagi cik gugel sudah sumbat surat elektronik ini dalam kotak spam. Kuang..kuang..kuang.

4. Nak minta bantuan aku untuk habaq pada pengarah syarikat kata aku boleh tolong supply produk syarikat beliau. Amboi senangnya kerja aku, guna modal air liur je.

Setelah membaca isi kandungan surat ini dan memahamkan segala tok naduk ayat yang ada, aku buat kesimpulan bahawa ini adalah salah satu email dari sindiket penipuan dengan cara baru yang sangat berbahaya. Mungkin inilah keburukan laman sosial seperti facebook, myspace, twitter dan sebagainya. Mereka kaji siapa kita dan gunakan maklumat yang ada untuk memanipulasi pemikiran kita.

Inilah sebabnya kita tidak digalakkan untuk letak segala maklumat peribadi yang sebenar mengenai laman sosial. Kalau anda terima e-mail dan apa yang dia habaq semua betul tentang diri kita, kemungkinan untuk percaya bulat-bulat adalah tinggi. Betul tak?

Sebagai peringatan bersama, jika menerima email atau surat seperti ini kaji dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan atau anda yang akan terima padahnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Jangan mudah terpedaya dengan individu yang tidak dikenali.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Malam Nisfu Syaaban yang Penuh Berkat : "Alhamdulillah, umur kita dipanjangkan untuk bertemu hari2 yg mulia lg... " - Ichigo Miro


No comments: