MS Task 1: Nando's Weekend Dinner | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, July 11, 2010

MS Task 1: Nando's Weekend Dinner


Akhirnya, task pertama untuk Mystery Shopper sudah pun berjaya dilaksanakan. Mission accomplished. Yeay!

Untuk task yang julung kalinya dilakukan ni, aku telah menyepai (--> spy) Nando's outlet di Plaza Pelangi pada 10 Julai 2010 hari Sabtu yang lepas. Bagi sesiapa yang belum tahu apa itu mystery shopper bolehlah mengimbau semula kenangan silam ini. Kelik link ye. Mekaseh.

Ini adalah task untuk 1st half of July jadi syaratnya mesti dilakukan pada hujung minggu dalam tarikh 1-15hb Julai dan masanya adalah antara 6 - 8 malam (Dinner). Ada faham? Hee.

Nando's Plaza Pelangi - Level 1

Tepat jam 6.22 petang dengan perasaan yang sangat teruja dan sikit-sikit nervous, aku dan kekanda melangkah masuk ke outlet berkenaan. Ceh! macam nak buat apa sampai nervous bagai. Untuk task ini aku diwajibkan mengambil gambar depan outlet tersebut sebagai bukti aku sudah menjejakkan kaki ke sana.

Masa nak snap gambar depan outlet, ada 2 orang staff Nando's meluru ke pintu masuk sebab nampak dua ketul makhluk ni macam nak singgah. Aku cakap dengan kekanda 'Dia orang macam tau je saya nak spy'. Kekanda gelak dengar statement aku yang gelabah semacam. Walhal aku dah tau yang itu mmg prosedur mereka kena usher guest yang datang. Adeh, tiba-tiba rasa looser gila.

Bajet makan untuk task ini adalah RM46 dan terpulanglah nak bawa sesiapa pun. Nak bawa geng sampai sekampung boleh, nak makan sorang-sorang pun tiada masalah asalkan tak melebihi kuota. Kalau lebih tu sendiri tanggung la ye dik non. Dalam RM46 tu pula menu wajib order adalah ayam, coleslaw dan nasi. Sebab 3 jenis makanan ni aku kena evaluate. Wah, feeling-feeling chef terkenal la aku!

Manager outlet dalam bulatan merah dan Mystery Shopper no 2 yang di'blur'kan.

Selain gambar depan outlet aku juga wajib ambil gambar manager. Mula-mula masuk memang tak nampak kelibat beliau, dalam setengah jam lepas tu baru nampak. Manager outlet ini adalah seorang perempuan. Sepatutnya kena ambil gambar close up dan tanya nama beliau tetapi nampak macam sibuk je menguruskan diri di depan cermin aku pun malas nak kacau. Makan lagi baik. Nyum nyum..

Suasana dalam Nando's

Dalam 12 section yang perlu aku pantau ada beberapa perkara yang terpaksa aku tanda 'NO'. Contohnya dalam gambar di atas. Satu meja tak lengkap set kutleri dan sos dalam rak tak separuh penuh. Selain tu, ada sampah di tempat cuci tangan. Untuk makanan aku rasa sedap je kot sebab aku dan kekanda masih boleh telan. Sos peri-peri pun sedap! Ala-ala thousand island tapi tak sama ye.

Lepas sesi makan-makan aku kena submit checklist dalam masa 12 jam dari masa kunjungan ke Nando's tadi. Kalau lambat hantar checklist, lambatlah dapat claim. Itu prosedur yang harus dipersetujui kedua belah pihak sebelum terima tugasan. Nak hantar checklist pun tak susah kerana kita hanya perlu isi online form dan hantar gambar dan resit melalui email. Kita akan diberi satu ID untuk submit checklist di laman web rasmi mereka. Mudah kan?

Kesimpulannya, ini adalah pengalaman yang sangat berharga dan menarik bagi aku. Soal wang dan habuan itu nombor 2 kerana pengalaman itu lebih berharga. Tak gitu? Hee.

Sedang menanti email dari Ms. Shy untuk task ke 2.


8 comments:

ardinihumaira said...

oh Kie-yu.. sedapnya makan kat nandos tu.. nyummmm ;)

Ard said...

style..ha3

Bukan Eciz said...

wahhh. macam besh je kan. ngeee

adie said...

kalu ambik gambar close-up manager tu nanti tak kantoi ke? mesti dia tanya nak buat apa gambar dia kan?

FeeQ said...

Waa...so nice..hehe nicer than the food review invitation that normally get.. hahaha can spy2 XD

Mrs. Q! said...

@FeeQ
yezza! da company will pay for it.

Asyraf Hamasaki said...

uh mcm mana nak join ni?

Unknown said...

bes ke jd mystery shopper?
aritu ada dpt emel..
dia suh isi..
tp cam x phm sgt bnda nie..
so,smpai skang x isi pon borg tu..