Sekolah untuk Pelajar Hamil | Belog Ohsem

Jom selongkar

Monday, July 26, 2010

Sekolah untuk Pelajar Hamil


Hari ini kekanda hantar aku ke pejabat sebab hujan punyalah lebat di JB pagi tadi. Dalam perjalanan aku dengar berita ringkas dari radio yang menyatakan kerajaan dalam perancangan untuk menubuhkan sekolah untuk pelajat hamil. Adeh! Buat lawak ke apa pembaca berita ni?


Tetapi apabila difikirkan semula memang itulah realitinya. Tengok tv, dengar radio, baca blog & surat khabar semua cerita pasal buang bayi & tangkap khalwat sana-sini. Bertambah lagi satu undang-undang pelik yang kerajaan Malaysia nak gubal. Ini semua angkara perangai segelintir takyat Malaysia yang tak reti bersyukur.

Petikan berita dari Utusan online:

Melaka tubuh sekolah pelajar hamil

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.

Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.

"Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung. [baca lagi]

Macam manalah nak capai Wawasan 2020 kalau rakyat Malaysia terus-menerus menghadapi masalah sosial macam ni. Zaman semakin canggih tetapi fikiran semakin mundur. Alahai..

Siapa setuju dengan 'cadangan bernas' ni angkat keyboard. hahaha.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Mantra dan Kontroversi : "x teringin lak nak tgk :P " - ery farieha


No comments: