Nasib Pengetua Racist | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, October 20, 2010

Nasib Pengetua Racist


Ingat lagi tak kes pengetua racist dari Johor tu. Ala yang katanya buat ucapan berbaur perkauman masa perhimpunan sekolah dijalankan. Nak tau sesuatu tak? Ekceli sekolah tu ex-sekolah aku masa tingkatan 1 dan 2. Masa tu pengetua adalah seorang wanita jugak tapi bukan yang terlibat dalam kes ini. Adeh, tak hingat lah nama dia.


Kes ini berikutan pengetua yang bernama Puan Hajah Siti Insyak Bte Mansyor telah mengatakan sesuatu sampai menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar yang mendengar ucapannya.Kes panas woh!!

Aduan telah dibuat oleh seorang pelajar india berumur 16 tahun yang berkemungkinan besar adalah pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, tempat kejadian ucapan berbaur perkauman itu berlaku. Ini adalah salinan laporan polis yang aku ambil dari amazingnara.com:



Nasib pengetua tersebut telah pun didedahkan di
mStar Online. Jom baca:

Published: Isnin Oktober 18, 2010 MYT 5:02:00 PM
Parlimen: Pengetua Telah Dikenakan Tindakan

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Dua pengetua sekolah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman sudah ditukar ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulai telah ditukar ke Jabatan Pelajaran Johor sementara Pengetua Bukit Selambau telah ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda,” katanya ketika Sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung tindakan kerajaan terhadap pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

“Dalam kes membabitkan pengetua dari Kulaijaya tindakan telah diambil dengan pegawai kanan itu sudah pun digantung perkhidmatan bermula 13 Oktober lalu.

[baca lagi]

Ouh, aku ada terbaca di komen di fesbuk senior masa sekolah tu dok habaq yang pengetua tu tak racist, dia ada mention sekali melayu and chinese. Katanya newspaper buat cerita. Yang mana satu betul pun tak taulah.

1 Malaysia. Any comment?


<< NANG kalau suka! Tqvm :)



6 comments:

mummy nana said...

ape nk buat. macam2 benda kecik boleh jadi besar. dan yg besar dibesar2kan... haihs...

Faiz said...

siapa yang betul atau salah..mereka yang beri ucapan tu pun tahu..tapi Allah lbih mengetahui..mungkin ada agenda politik disini..tak siapa pun tahu..
**HIT MY LATEST UPDATE HERE**

ardinihumaira said...

susah juga sekarang ni kan... huhu..
eh alamak dni nampak simkad hotlink ;D

belalang hijau said...

tggl d negara berbilang kaum kena la hormat perasaan org lain...
tp klu org lain pun x hormati perasaan kita pun, susah jugak kan?

gnesop.com said...

kadang kala ada yg ambil kesempatan..
apabila tuturkata tersalah dan ambil perhatian, itu lah jadinya..

isu ini sgt sensetif..

nurezzat said...

ini tak boleh terus berlaku..
hidup berbilang kaum patut menghormati perasaan antara kaum.. aiyaa..