Watsons VIP Membership Card | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, October 2, 2010

Watsons VIP Membership Card


Kedai hijau ini memang menjadi port kegemaran beli barangan peribadi aku sejak mengenali apa itu deodoran, foundation dan conditioner. Pernah sekali terdetik dalam kepala otak
cerdik kenapa Watsons tiada membership card sedangkan mereka bukan calang-calang punya kedai.

Akhirnya penantian selama beberapa tahun (ceh!) itupun berakhir. Masa pergi melencong selepas habis kerja minggu lepas, aku ada beli barang di sana dan adik kaunter offer nak buat membership card atau tidak. Tengok purse malangnya ongkos tak cukup seringgit setelah merembat itu dan ini. Cukup-cukup untuk tambang bas balik rumah je ni. Sadis kan?

Sumber:vip.watsons.com.my

Tak boleh jadik. Aku mesti rembat sekeping sebab tetiap bulan bajet pasti lari ke kedai ini. Boleh juga dilabel sebagai loyal customer gitu! Hari Jumaat singgah Jusco Taman Universiti dan terus menuju ke Watsons dengan misi yang satu - Apply membership card! Eh, tak lupa sohpping juga.

Hanya dengan menghulur RM12 kepada adik kaunter tanpa mengisi apa-apa borang aku dah berjaya memiliki Watsons Membership Card (sah semur hidup).Hoyyeahhh!! Dalam kit RM12 tu ada pamphlet tentang keahlian dan apa yang u ols perlu lakukan selepas mendapatkan kad ini. Nak tahu lebih boleh kelik sini. Selain itu aku juga dapat satu booklet tebal yang penuh dengan gift voucher. Memang berbaloi woh!

Kaki shopping kedai hijau yang belum dapatkan membership card ni boleh dapatkan segera sebab untuk early bird registration dapat 200 points percuma! Lagi banyak point, banyaklah faedahnya. 24 September ini ada perasmian Watsons VIP Membership Card di Pavilion Kuala Lumpur (Bukit Bintang Entrance) Jangan lupa datang.

Mesti lepasni kedai oren pun nak buat jugak kan?



4 comments:

Jieda said...

waa.. best ni.akak pun selalu beli kat watson ni.Harus diapply juga

Azman Roslan said...

aku suka shopping barangan peribadi kat guardian.. heheh.. ehh, wajah baru blog ni rupanya. huhu

Mrs. Q! said...

@Jieda
best kan kak? apply tau. leh shopping sakan lepas ni. hee :)

@Azman Roslan
yup! me too :D
i luv Watsons
selamat dtg ke rumah baru~

ardinihumaira said...

best nya kie-yu... dni kan kalo kie-yu nak tahu kadang2 kompius ngan watson guardian. pasal macam nak sama je.. hehe... t dni nak ke watson jugak :D