Kisah Sedih di Sebalik Kemalangan Maut 10.10.10 | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, October 12, 2010

Kisah Sedih di Sebalik Kemalangan Maut 10.10.10


Ada banyak cerita disebalik kemalangan ngeri, 12 maut di KM 223 Lebuhraya PLUS berhampiran Simpang Ampat, Melaka pada 10.10.10 yang lepas. Antara yang mendapat perhatian media massa adalah kisah seorang ibu yang kehilangan anak buat selama-lamanya dek kerana menurutkan kemahuan anak kesayangan.



MELAKA: “Tak sangka, kami ‘lepaskan’ dia sekejap saja, tetapi dia pergi buat selama-lamanya. Itulah kali pertama dia menaiki bas ekspres sepanjang hayatnya, tapi menjadi yang terakhir,” rintih Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18.
Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.

Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu. [Berita Penuh..]



SEDIH...Fadzry dan Rohanta memujuk Natasha (dipangku), kelmarin

Sumber : hmetro.com.my

Ajal dan maut di tangan Allah, bila sampai masa kita akan menyahut panggilan-Nya juga kan. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah dan berdoa kepada semua mangsa yang beragama Islam semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-fatihah.



8 comments:

ardinihumaira said...

salam takziah buat keluarga mangsa... semoga diampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang beriman, amin...


p/s: ajal maut ditangan Allah...
memang sedih kisah tragedi ni... hu

Weeda said...

sedih kan...merajuk pastu meninggal..weeda dengar radio pasal eksiden ni tadi pun dah bergenang air mata...

Ard said...

moga roh aruah tenang di sana....

Shahrul Yusof said...

Innalillah..

Aliesha Kirana said...

Al-Fatihah... memang dh nak ajal die.... hmmm.... sedihnye rase...sob sob~

Admin said...

Takziah..Al Fatihah..

Sudah tersurat..


Do you want lots of web traffic? Then you better read this!

Kwijomojo said...

DAMN CUTE GILA ARWAH TUH!

Ezzattie said...

salam takziah ye buat sekeluarga arwah.. sedih la pulak.. takut pon ade.. macam da taknak naek bas lagi.. tp ajal kat mane-mane je.. takpe lah.. mati itu pasti..