Berhati-hati dengan Sindiket Penipuan Antarabangsa | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, October 20, 2010

Berhati-hati dengan Sindiket Penipuan Antarabangsa


Sejak beberapa tahun lepas isu sindiket penipuan antarabangsa ini telah diperkatakan. Walaupun banyak kes telah didedahkan sebagai peringatan dan amaran tetapi masih ada yang masuk dalam perangkap mereka.


Tahun ini ada 6 kes lagi dilaporkan kepada Biro Penaduan Awam daripada mangsa yang kerugian beribu ringgit dalam sekelip mata. Jom baca berita dari myMetro dan diharap lepas ni jangan ada yang jadi mangsa.

BPA terima enam aduan babitkan sindiket penipuan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Meskipun media banyak mendedahkan mengenai sindiket penipuan antarabangsa, namun masih ada individu yang gelap mata dan dengan mudah menyerahkan wang ringgit sebelum menyedari mereka ditipu sindiket berkenaan.

Pada tahun ini sahaja, Biro Pengaduan Awam (BPA) sudah menerima enam aduan membabitkan sindiket itu yang menggunakan taktik kononnya mangsa diwasiatkan harta pusaka jutaan ringgit tetapi mangsa perlu membayar sejumlah wang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah berkata enam aduan dari individu berbeza itu dianggarkan membabitkan kerugian antara RM500,000 hingga RM1 juta.

"Mangsa biasanya akan menerima e-mel atau panggilan telefon dari seorang wanita yang tidak dikenali dari luar negara sebelum menjadi kawan sekurang-kurangnya selama empat bulan malah turut datang ke negara ini untuk melawat mangsa. [baca lagi]



Aku sendiri pernah terima email lebih kurang gini. Setiap yang palsu itu ada kelemahannya kan? Semuanya aku dedahkan pada entri '
E-mail meragukan dari Atiqah'. Nak baca boleh kelik link.

Sekarang ni penipu semakin licik untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita. Jangan kerana wang kita dibutakan hati dan membuat keputusan yang menjerat diri sendiri.


Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.


<< NANG kalau suka! Tqvm :)



7 comments:

tengkorakemas said...

emel mcm ni banyak gak masuk inbox TE, gelak2 je baca hehe

ard said...

report as spam je.. hahaha

SyUhAdA said...

ish3...
mcm2 la org skang...
mnakutkan..

slalu jugak dpt emel cmnie..
tp nsib baik dh msuk spam siap2~

ardinihumaira said...

bahaya ni dear...
dni pun pernah dapat pancingan sindiket ni nasib baik tak caya huhu

gnesop.com said...

yg penting kita sentiasa peka,, penipu ini mmg sentiasa mencari peluang.. jika kita alpa, mungkin akan terkena..
tektik yg digunakan sngt hebat seperti pushing site dan lain2 :)

nurezzat said...

ekceli, saya memang dapat banyak gile emil dari luar negara.. tak percaye pon.. tp geram lah...bt penuh kantung emil sy je..

izyanty collection said...

Thank's untuk info nie, iz jarang baca paper, iz pun kemarin baru buka e-mail tiba2 dpt e-mail camtu,tu yg confuse tu...