Dua tiga hari ni aku tak berapa sihat. Tu yang R4T macam hidup segan mati tak mahu je jadinya. Kepala ni rasa berpusing berpinau dan ber ber yang lain. Bila tunduk ambil pen jatuh bawah meja lepas tu berdiri pasti akan rasa macam nak jatuh. Dulu pernah jadi macam gini, ambil masa juga nak pulih macam sedia kala. Dan sekarang penyakit ni datang balik.
Punca? Aku sendiri tak tahu. Pergi check dengan doktor dapay paracetamol. Sabau jek lah, baik aku pergi beli sendiri kat kedai je. Very the membazir tau bayar bil! Mengadu pada kekasih hati dia cakap mungkin tekanan darah aku rendah sebab tension. Memang betul, lately banyak sangat masalah peribadi yang datang.
Emak pulak cakap mungkin sebab aku kurang minum air masak dan naluri ibu memang sentiasa betul. Aku adalah spesis yang malas nak togok air masak. Kalau bagi Vanilla Coke mesti laju je aku habiskan. Mak suruh minum banyak air masak dan makan kerang. Oh no! kenapa mesti nak kena makan haiwan itu? Aku kurang berkenan. Hee.
Emak pulak cakap mungkin sebab aku kurang minum air masak dan naluri ibu memang sentiasa betul. Aku adalah spesis yang malas nak togok air masak. Kalau bagi Vanilla Coke mesti laju je aku habiskan. Mak suruh minum banyak air masak dan makan kerang. Oh no! kenapa mesti nak kena makan haiwan itu? Aku kurang berkenan. Hee.
Sumber: hubpages.com
Ok, berhenti membebel. Tadi aku gugel tentang tekanan darah rendah ni dan aku jumpa maklumat yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Nak lagi menarik ia bukan dalam bentuk karangan panjang ke lantai tapi slide bergambar yang senang nak faham. Ada penerangan pulak kat tepi slide. Gila canggih! Jom tengok:
Tolong nasihatkan aku. Eh, macam lagu Ana Rafali pulak. Hee.
What are the causes of low blood pressure?
Conditions that decrease the volume of blood (for example, bleeding, dehydration), reduce cardiac output (for example, heart attack, cardiomyopathy), and decrease the tension in artery walls may cause low blood pressure. Medication side effects can cause low blood pressure, as can spinal cord injuries.
8 comments:
makan kerang tu untuk tambah darah, mana tau kurang darah ke,
dan banyakkan minum air masak tu haha jgn degil
jaga kesihatan elok2...
mrs belalang pun slalu alami prob darah rendah...
cian tgk...
makan kerang rebus sedapppp kie-yu.. tak pun kie-yu makan sayur bayam :D
dni pun darah rendah gak. moga cepat sembuh tau dear!
jaga diri...
laa..tak sihat rupanya. tekanan darah rendah?? ooo..itu pakcik tau itu.ko kena pergi bercoti di tempat tanah tinggi, baru tekanan darah ko tinggi.hehe
semoga cepat sembuh.
kami pun sakit2 tekak ni, musim sakit kot.. jgn lupa mkn ubat..
Tak elok tu darah rendah, t kurang oxygen lak, t badan leh jadi letih sebab nak dapat bakar tenaga dari makanan kne guna oxygen, kalau yang darah pergi otak kurang t cepat ngantuk, t jadi kurang bijak lak. Cepat2 solve kan problem camni, tuk kesihatan berpanjangan dan potensi diri yang maksimum.
eh tibe ana raffali pulak k.kie-yu ni.. betul la tu ckp ibu k.kie-yu.. kena byk minum air masak.. asek mnum air vanilla coke je.. macam sdap sgt.. tp mmg sdap pon..hehe..
kurangkanlah minum air bergas yeerr..
Post a Comment