Panduan Surat Rasmi (Balas) Mohon Poligami | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, October 2, 2010

Panduan Surat Rasmi (Balas) Mohon Poligami

Isfah hani binti Dol
17, Jalan Angkasa,

24300, Kemaman
Terengganu.


Iskandar bin Lusuh

17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006


Tuan (yang gatal),

PERKARA : KEPUTUSAN PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah dirujuk.


Terima kasih kerana begitu professional sehinggakan hal rumahtangga pun terbawak-bawak nak guna surat rasmi segala. Saya tahu yang tuan adalah boss besar kat kilang kicap sana tapi di rumah bukan bos lagi ye. Tapi takpelah dah tertulis pun surat ni, jadi layankan ajelah.

Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan untuk berpoligami telah
DITOLAK bulat-bulat dan keputusan ini adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Segala faedah dan keuntungan yang dinyatakan langsung tidak menampakkan apa-apa yang positif keada pihak saya. Nampak macam awak je yang bahagia aman sentosa kalau saya setuju untuk berpoligami.

Jangan bimbang tiada apa-apa layangan pinggan mangkuk mahupun periuk belanga akan berlaku kerana tuan akan mula tidur luar jika berperangai tak senonoh macam ini berulang di masa hadapan.

Tak kesiyor nak tersenyum bagai bila baca surat permohonan tu. Api dah mula keluar ikut telinga ni. Jaga-jaga cik Salmah!


Surat ini telah dibalas secepat mungkin seperti yang diminta. Baguskan isterimu ini?


Sekian, terima kasih.

"
RUMAH TANGGA LEBIH BAHAGIA TANPA POLIGAMI"

Yang hangin satu badan

Isfah hani binti Dol

Kihkihkih. Ini adalah surat balasan permohonan poligami yang aku inspirasikan dari belog bro Sop. Segala nama dan maklumat yang terdapat dalam surat kat atas nuu tiada kena mengena dengan mana-mana individu sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Entri suka-suka penawar duka.


4 comments:

Faiz said...

kalau adala bini yang buat cmnie..mmg bagus pn..haha

tengkorakemas said...

haha memang profesional pasangan suami isteri ni

ardinihumaira said...

ngaaaaaahaha.. nak buat jugalah kalau2 terkena nanti.;p

Ezzattie said...

hahaha, kretip btol isteri.. perli la tu..