Aku terbaca dalam Kosmo! yang Eye on Malaysia di Melaka sana sudah 9 bulan ditutup rupanya. Jumaat lepas buaian gergasi tersebut telah pun dipindahkan kerana tempat itu akan digantikan dengan roda gergasi lain yang dibeli dari China.
Eye on Malaysia yang mula beroperasi di Melaka pada September 2008 itu akan digantikan dengan dua buaian gergasi dari China yang bernilai sekitar RM22 juta. Kali terakhir aku ke sini bersama kekanda awal tahun lepas. Pertama kali merasa naik gayat gila rasanya woh!
Gambar kenangan kekanda semasa di awan biru. Eceh! Saja tak mau tepek gambar sendiri sebab aku suka gambar ni. Masa tu we ols baru tergolek hati, tu yang malu-malu kucing cik abang masa aku nak tangkap gambar dia.
Fakta menarik hari ini:
Bayaran untuk naik Eye On Malaysia di Melaka ialah RM10 (jika ada mykad) dan kita akan berpusing lebih kurang 4 kali di atas awan. Boleh tengok pemandangan hijau dan langit biru sekitar bandaraya.
Melaka negeri bersejarah yang dah banyak berubah.
8 comments:
sebenanya cikhel tak suka naik ne,,macam bosan.huhu naik masa kat titiwangsa dulu..tp kalau naik dengan tercinta mungkin feel dia lain ..haha
@cik helena
yeah! betul tu sis. hee :D
sian dni.. dni tak penah ke sana. sobss... dah pindah lak.. owh rasa ada satu kerugian di situ.. isk3... takpe2 t dni g melaka.. naik ngan kie-yu. hik3
@ardinihumaira
alolo..takmoh nanges dear
nnt kita g ek :)
weee...
best x naik tu?
hari tu g melaka tapi benda ni dah tutup pun time tu...
bestnye .. x dapat lg naek nie
AK aritu pegi Melaka rase nk naik.. tp malas pulak nk pegi ctu..last2 naik Menara taming sari je..hmm..xmerasa laaa naik..
besh nye..nak naek jugak lah...20 ringgit ? mahal sgt tuh..hehe.. saya kan terlampau berjimat..
Post a Comment