Mari Menjadi Diri Sendiri | Belog Ohsem

Jom selongkar

Tuesday, October 26, 2010

Mari Menjadi Diri Sendiri


Aku ada 1 cerita nak share dengan u ols. Ini kisah benar tau, bukan cedok-cedok punya. Kalau tak percaya boleh cari miss mango dan tanya sama dia.

Alkisah, tentang seorang kawan wanita yang sama course tapi tak duduk sebilik masa study di UiTM dulu. Kalau tengok dia, nampak normal dan tak ada apa yang tak kena. Tapi kepada yang rapat mesti tahu peribadi dia ni yang tak begitu digemari oleh mana-mana makhluk kat muka bumi ni.

Perangai apa yang tak digemari? Ekceli aku pun tak tahu cerita ni sebab aku bukan selalu dengan dia. Aku cuma suka lepak di bilik miss mango sekaligus terjebak sama. Meh kita namakan kawan wanita yang tak disenangi itu sebagai cik pavillion. Senang sikit nak kepoci. Hee.

Ada satu hari tengah gasak potpet potpet berempat, tiba tiba sorang geng menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap cik pavillion ni. Bila dia buka mulut rupanya yang lain pun dah lama memendam rasa. Semua orang yang tak puas hati ni geram sebab dia ni kalau cerita bab shopping tak mau kalah. Bila dorang cerita beli jeans murah je tapi cantik, dia mencelah bagitau yang dia beli jeans kat pavillion. Tak biasa beli kat jusco or pasar malam. Cis! Ada ke patut cakap gitu kan.

Dipendekkan cerita, lepas dah dengar keluhan masing-masing mereka ada buat 1 plan baik punya. Masa cik pavillion keluar dari bilik salah sorang geng pergi kepoci tengok jeans yang dikata beli kat pavillion tu. Bila dah tengok..jeans pasar malam rupanya. Tanda harga pun tak cabut lagi.

Sampai masa yang ditunggu, cik pavillion balik terus dorang perli yang kononya ada ternampak jeans tu kat pasar malam minggu lepas. Terus merah padam muka dia. Lepas kejadian tu dia tak berani lagi nak menyampuk bila tiba bab shopping.

Kesimpulannya, misi kesedaran telah berjaya. Bak kata pepatah yang aku modify, sepandai-pandai kangaroo melompat akhirnya langgar pokok jugak. Hee.

p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal. Be urself!

Sent from my mobile device.


19 comments:

Shahrul Yusof said...

Baju-baju yang kat Pavillion tu kalau kat UK tu omputih jual macam kat Tesco je. Buat pakai basahan. haha =p

Kancilbiru said...

mmg ramai orang macam ni...bagus la r4t sebab ada inisiatif nak sedarkan..hihihi

Azman Roslan said...

hahah.. mesti orang tu tak tau nak letak mana muka.. hahah

Faiz said...

dah la slh..nk berlagak lak tu..ish3...
**HIT MY LATEST UPDATE HERE**

Weeda said...

wahaaa...kesian dia nak berlagak tak kena tempat...

gnesop.com said...

huhuhu... biasa mmg cam tu,...
yg tak mahu kalah.. tp sebanar nyer...

baik cam Sop.. diam jer..
tak ckp pun belia seluar mana.. huhuhu
tgk pun pun dah tahu, pasar malam.. huhuu

gnesop.com said...

tak pernah lg pergi pavilion sbb dgr tempat pun dah tak mampu.. blom lagi nak shopping.. iks iks..
ngapa mahal banor kat situ?

tengkorakemas said...

bila dah baca dalam2..baru tau kenapa dia dipanggil cik pavillion hehe kantoi sudah..

takde masalah kalau guna barang murah tapi pandai jaga dan berkualiti..

teratai said...

ukur baju di badan sendiri!

Beautyfull_Maria said...

Salam Ziarah,

Apa ada pd jenama..ni la mslh sesetengah org kita..hope dis entry blh jd pedoman buat kita semua :)

My MiRa said...

HYE...mira jalan sini..nice blog..^_^

ardinihumaira said...

jadi diri sendiri lebih baik... memang ikut ati dni nak jadi cik caldina je tapi apokan daya. isk3,. haha ni gaya orang angau nak caldina.. lariksssssss

Unknown said...

yang penting ada seluar. haha.. ok gurau..

Yups true tho, be yourself, but somehow some people just dont get it, some people still trying to understand who they are, and some people just dont wanna be who they are. Its complicated kan.

hazman aka species1980 said...

Mungkin satu kepuasan kot bile cik pavillion tu dpaat cakap besar skit...tapi tindakan untuk sedarkan dia memang bijak....

kisahsensasi said...

Skang nie ape la nak diherankan sangat... dah banyak produk @ item tiruan sekali pandang nampak cam ori... hehehehe

en_me said...

bertuahlah saper kawen dgn dia kanns.. ihiks

adie said...

maybe kat tempat dia, pasar malam tu dipanggil pavillion kut.hehe

Ezzattie said...

pesal nak belagak macam tu sekali?
tak dapat pape pon.. pelik betul.. =.='

PutraRocker said...

jangan ayam o_O