Entri yang sangat menarik perhatian aku dipetik daripada sebuah blog. Mungkin dari pandangan peribadi penulis. Jom baca:
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai. Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank. Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500. Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun. Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian. Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia. Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan. Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000. Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000. Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan. Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Kerja Lebih Kuat
Pengiraan pantas dijalankan :
Akhirnya..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.
Punca masalah:
Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
1. Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira. Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin. Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.
2. "Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
3. Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban. Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.
Penulis asal: Nina Nurziana, rujukan artikel asal sila lihat di pautan NinaNurziana
Apa pendapat blogger lelaki agaknya eh?
<< NANG kalau suka! Tqvm :)
11 comments:
deen kawen lambat sebab nak kawen ngan dni. hahaha betul tak jawapan dni ;p
terbaek! aku setuju!
Mmg begitulah pada hari ini, malah saya sendri pun pernah mengalami situasi itu.
Jika hendak berkahwin biarlah bersederhana. Jika rasa tidak mampu jgn sesekali gatal nk ushar awek.
Kalau kerja makan gaji mmg susah nk kumpul duit. Kena berani amik risiko dan buat bisnes atau pelaburan. Jika hendak dilakukan biarlah pada masa usia muda.
Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat? Then you better read this!
weeda kalau nak kawen nanti taknak la buat besar2 sangat..
kalau ikut kan plan weeda taknak bertunang pun sebab kalau bertunang pun dah kena banyak kuar bajet..
yang penting duit tu bukan untuk kawen je..untuk lepas kawen lagi banyak kena pakai duit..
Menarik artikel ni. Apehal orang kita selalu membazir bila masuk bab majlis kenduri kahwin.
Aku sendiri pun 'terpaksa' kopak gak duit bank masa nak kahwin baru ni.
Macam mana aku rebel pun, terkena balik jugak. Rasa macam bangang. Tak pasal aku berhutang. Tapi nak buat macam mana, mentaliti masyarakat kita dah macam tu.
Asal kahwin, mesti kena perabihkan duit. Takda duit, pinjam sana, pinjam sini.
aku selalu dok pikirkan perkara2 ni..seriously, menakutkan!
hheehe...cm btol gak..eheheheh....kalu pihak perempuan xberkira sgt xpe r..huhu
enjoy life dulu :)
sokong dgn penulisan di atas..
lelaki nak kawin perlu bersedia sepenuhnya dari segi mental, sosial, ekonomi dan sebagainya..
contoh- kalau nak enjoy, nak simpan duit, kejar impian, nak berkawan dan sebagainya..
berkahwin bukan perkara yg mudah seperti 1,2,3.. ia melibatkan semua faktor.. jika tidak bersedia.. mmg menjadi masalah berkawin nanti :)
betullaaaaa~
kawen nak grand2, lepas kawen dh tanggung utang..
hish2.. kesian
begitu rupenye..
patut lah abang saya tak kawen2 lagi.. sian bebenor kat dia...
sebagai seorang perempuan, sy rase tak patut lah letak hantaran banyak2.. laen lah kalau bkal suami tu anak dato' takpon dato'.. haha
kenduri pon xpayah lah bt mewah2 nak lawan ngn orang laen yg berkemampuan.. tapi hidup bersama tak lame pon.. tup2 bercerai.. ish2..
eh, walaupon saya masih budak2 lgi, tp otak mesti mau matang berfikir.. hehe
Post a Comment