Gaji Minimum Sektor Swasta Bakal Dilaksana Pada 2011 | Belog Ohsem

Jom selongkar

Saturday, October 16, 2010

Gaji Minimum Sektor Swasta Bakal Dilaksana Pada 2011


Selak-selak akhbar online ternampak berita yang menarik perhatian aku sebagai seorang pekerja sektor swasta. Ntah bila nak jadi orang gomen gamaknya. Hee.


Gaji minimum sektor swasta dilaksana Jun-Julai 2011
2010/10/16

SUNGAI PETANI: Gaji minimum sektor swasta akan dilaksanakan seawal-awalnya pada Jun atau Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, bagaimanapun tahap minimum gaji berkenaan hanya akan diputuskan semasa pembentangan cadangan di kabinet pada Mac tahun depan.

"Sebelum itu kita akan tubuhkan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan dan sebelum majlis itu ditubuh satu akta akan digubal dan dibentang dalam sesi parlimen akan datang.

"Setelah majlis itu dibentuk, ia akan diberi tanggungjawab untuk tentukan cara mana nak tetapkan gaji minimum itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-3 Universiti AIMST, di sini hari ini.

Subramaniam berkata, penetapan gaji berkenaan akan berdasarkan kepada sama ada di peringkat kebangsaan, wilayah atau sektor. [baca lagi]

Sumber: beritaharian.com.my


Sumber : beritasemasa.com

Menurut cikgu wikipedia, gaji minimum didefinisikan sebagai:

"Gaji yang diberikan oleh majikan pada tahap minimum tanpa mengira mana-mana sektor, tanpa mengira pelbagai faktor termasuk jantina, kelulusan, bidang dan sebagainya. Pertama kali diperkenalkan di Australia dan New Zealand pada akhir abad ke-19, undang-undang gaji minimum kini terdapat di lebih 90% negara di seluruh dunia."

Cerita lain?

Gaji minimum di Malaysia
Sumber: ms.wikipedia.org


Pada pendapat aku jika dasar ini dilaksanakan di Malaysia, pastinya tiada lagi masalah kekurangan sumber manusia dari orang tempatan di sektor swasta. Sekaligus ini akan membuatkan negara kita bebas daripada didiami warganegara asing yang semakin bertambah dari hari ke hari. Aku tak selesa dengan situasi sekarang yang mana orang asing boleh dilihat dimana-mana. Kadang-kadang rasa macam bukan di Malaysia.

Pendapat u ols macam mana?


<< NANG kalau suka! Tqvm :)




4 comments:

hamzah ian said...

fuhyoo

tengkorakemas said...

yup, juga dapat mengubah persepsi ibu bapa yg hanya mahukan anak bekerja dgn kerajaan disebabkan sektor swasta tidak begitu menjamin pendapatan tetap..

p/s:baru ingat nak bgtau Kie-yu, TE ada tag Kie-yu utk terima award, just nk bgtau je :)

Komen-komen aku terbaik? ~No komen

Sya Isya said...

saya memang tinggal di kawasan pekerja import..memang kami local minoriti di sini...huhu,....

ardinihumaira said...

kalau tak letak gaji minima memang majikan buli pekerja kasi gaji sikit kan. huhu.. takut gak cmana la dni nanti.. keje ape la ni ni isk3