Rumah 4 Tingkat dapat award istimewa dari tuan belog Riwayat Hariku, tak lain tak bukan bro Sop. Kembang kempis aku baca komennya tentang R4T. U ols nak baca jugak? Nah bacalah:
"Blog R4T dimiliki oleh Kie-yu iaitu seorang gadis yang sangat aktif dalam dunia blogging. Sop mula mengenali beliau di alam blog apabila beliau rajin meninggalkan komen. Boleh dikatakan setiap entry baru beliau akan terjah dan meninggalkan komen yang membina. Apabila sesi blogwalking, rupanya blog RH antara puluhan blog yang beliau lawat dan tinggalkan komen." [baca lagi]
Ada lagi bro komen tapi u ols pergi kelik link tu untuk baca sepenuhnya. Saja nak bagi saspen sikit. Hee. Meh tengok award yang aku dapat dari bro Sop:
Hamboi comeynyeeee... menatang apa ntah yang suka benor tu. Kena dengan nama award - Unik! Mekaseh daun keladi bro. Aku sangat tergaru terharu kerana dalam banyak-banyak blog yang ada bro pilih R4T. sob sob sob.. *kesat air mata*
Belog Riwayat Hariku juga sangat unik pada mata aku. Banyak informasi berguna yang boleh kita dapat dan yang paling penting tiada 'bahasa rempit' digunakan dalam penulisan beliau. Kalau terjemah guna google translate pun tiada masalah. Universal gitu!
Macam biasalah, award selalunya guna konsep tag mengetag jadi aku nak pass juga kepada 1 blog yang bertuah. Berjam jugak lah jenuh dok fikir mana satu blog yang nak dipilih sebab semua blog yang aku follow memang the best!
Setelah dihitung, ditimbang, ditambah, ditolak bahagi, aku memilih belog ini sebagai penerima award seterusnya:

Kidnap lagi banner beliau. Mintak izin ye sygs!
Tak payah kenalkan kot sebab u ols mesti dah kenal dengan tuan punya banner ni. Komen aku tentang blog ini:
- Entri yang dihasilkan sangat dekat dengan pembaca. Maksudnya setiap kali dia menceritakan sesuatu takdelah berat sangat/complicated sampai tak tidur malam dok fikir.
- Dia rajin review produk-produk yang beliau sendiri dah cuba dan cara penulisannya sangat mempengaruhi pembaca. Salah seorang pembaca yang sangat dan selalu terpengaruh adalah aku! Ada potensi jadi promoter la dear. *winks*
- Tuan belog sangat menjaga hubungannya dengan pembaca. Tak hairanlah nama belog beliau ada dalam bloglist kebanyakan blog lain. Setiap kali tak dapat tunaikan sesuatu permintaan pembaca beliau minta maaf berkali-kali walaupun pada aku bukanlah besar sangat kesilapan itu. Semua kena ingat yang nobody is perfect ok!
- Salah satu keistimewaan belog ini ialah giveaway yang tak putus-putus. Murah rezeki tuan belog ini. Setiap minggu ada giveaway dan semua ini dilakukan kerana melahirkan rasa penghargaanya kepada pembaca. Ini point yang sangat unik!
dan banyak lagi keunikan lain yang u ols boleh nampak sendiri kan? Kepada u ols yang belum pernah landing di belog ini jemputlah ke:
www.ardinihumaira.com
Ekceli award ni kena tag kepada blog lain, tapi disebabkan dni tengah super busy dengan test aku kecualikan beliau. Heee. Boleh gitu? Sesuka hati je kan. Tapi kalau dni ada masa nak tag orang lain silakan ye. Jangan malu-malu.
No comments:
Post a Comment