Cara Memenangi Hati Wanita | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, August 8, 2010

Cara Memenangi Hati Wanita


Entri tentang hati belum pernah wujud di sini. Hari ini dalam sejarah R4T. Baca dan hayati terutama kepada kaum lelaki.

  1. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
  2. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
  3. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
  4. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan kemudian baru bertanya apakah yang hendak buat.
  5. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
  6. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
  7. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
  8. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
  9. Sekiranya perasaan anda telah reda, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
  10. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda berikan perhatian sepenuhnya.
  11. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
  12. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
  13. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
  14. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahinya. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
  15. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
  16. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
  17. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
  18. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
  19. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
  20. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
  21. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
  22. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
  23. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
  24. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
  25. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

Aku nak tanyakan pendapat tak kiralah kepada lelaki atau perempuan, dalam 25 perkara yang disenaraikan adakah susah untuk diamalkan dengan tujuan untuk menjaga sesebuah perhubungan?

Dan jika ada blogger lelaki yang ingin membuat entri balas tentang permintaan hati lelaki, sangat dialu-alukan sebab aku pun nak tahu juga tentang ini.

Berat sangatkah permintaan hati seorang wanita?

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Video Mohd Khairuddin untuk Mama : "da tengok smlam vid ni.. ehehe... tp mmg roxx la mak udin ni.." - luvida


No comments: