Berita baik aku dapat daripada pejabat pos masa dok menayang muka di kaunter setem. Ada pengumuman dari pihak Pos Malaysia untuk kadar rata penghantaran kad ucapan kemana-mana destinasi.
Berita Harian online pun ada kepoci pasal hal ini. Petikan artikel dari sana:
Pos Malaysia turun kadar setem kad raya kepada 50 sen
2010/08/17
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Raya, Pos Malaysia tahun ini hanya mengenakan bayaran setem 50 sen bagi kad ucapan yang tidak melebihi 50 gram, berbanding harga biasa 70 sen berkuatkuasa 1 Ogos ini.
Ketua Sokongan Operasi PosMel, Zaidi Hussain, berkata kadar istimewa itu bagi semua destinasi di negara ini dan ia lebih rendah berbanding 80 sen pada tahun lalu.
"Kadar itu berkuatkuasa sehingga 28 Februari tahun depan bagi meliputi perayaan utama di negara ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini . [baca lagi]
Laman web Pos Malaysia juga umumkan berita ini secara rasmi dalam dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kalau rajin pergilah godeh-godeh website tu.
Baca betul-betul pengumuman itu ye, berat kad mestilah tidak lebih dari 500 gram. Tak kiralah apa saiz pun. Kalau berat lebih dari 500 gram kenalah tepek setem mahal sket. Manalah tau nak pos kad raya godang untuk artis kesayangan, jangan lupa tanya berapa nilai setem yang sepatutnya. Nanti tak sampai jangan marah abang posmen pulak. Nak selamat pakai pos laju.
Aku memang tak tinggal amalan pos mengepos kad raya sejak darjah 6. Ada sekotak kad raya yang aku terima dari kawan-kawan masih disimpan. Tahun ini aku nak poskan kepada kawan-kawan blogger pulak. Ada 10 orang yang bertuah dapat kad dari aku. Kad biasa jee tapi pemberian tulus dari hati kerana u ols dah pun diiktiraf sebagai kawan maya kesayangan. Eceh!
Kad raya tradisional tetap di hati!
No comments:
Post a Comment