Sampul surat dengan tulisan tangan comel itu datang lagi minggu lepas. Kali ini aku jumpa atas meja, bukan dalam peti surat. Mungkin ayah yang ambilkan. Balik kerja penat-penat terus senyum lebar bila nampak sampul surat untuk aku. Hee.
Hadiah kali ini ada kembar 4 sebab Dni poskan jugak kepada 2 lagi blogger lain iaitu Zie (lesbo beliau) dan Weeda. Ouh! sangat terharu sebab dalam banyak-banyak blogger yang sayang sama Dni, aku adalah salah seorang yang terpilih dapat hadiah.
Dni bagi brooch biru dalam sampul avon koleksi terbaru dia. Kalau nak tahu Dni memang suka buat koleksi sampul raya dari avon. Maklumlah, regular customer katanya. Blogger Kelantan yang nak order barang avon boleh roger Dni. Hee. Promote sekejap.

Bersama brooch cantik ada diselitkan nota kecil yang sangat meruntun jiwa bila aku baca. Lagi-lagi tang 'Brooch ni sebagai tanda persahabatan kita.' Rasa dihargai sangat. Terima kasih Dni, sayang berkoyan-koyan sama kamu.

No comments:
Post a Comment