Cek untuk cashout pertama mungkin dalam perjalanan, setelah lebih kurang setahun bersama Nuffnang dapat juga merasa rezeki dari R4T dan belog lama. Ini semua gara-gara hilang sekejap di dunia blogging, kalau tidak mungkin sudah 3,4 kali juga aku cashout. Hee. Macam bagus je ayat!
Alhamdulilah, rezeki bersama R4T ini sangat murah kerana dalam masa 3 bulan aktif semula dalam dunia blogging aku sudah boleh tekan butang cashout. Nilai RM itu hal kedua, yang pertama ialah kepuasan (satisfaction) dengan usaha yang selama ini dilakukan telah menampakkan hasil walaupun tak segah mana angkanya.
Berkat usaha selepas cashout pertama pada 27 Julai lalu sehingga hari ini 29 Ogos, kemungkinan aku akan buat cashout kedua sebelum hujung bulan ini jika tiada aral melintang. Nilai yang ada sekarang seperti dalam gambau di atas belum termasuk 3 buffered earning yang masih berjalan.
Angka selepas RM itu sangat bermakna buat blogger yang baru nak hidup seperti akuwalaupun mungkin ada yang berbisik 'banyak tu pun nak kecoh! . Ini juga menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai impian aku.
Angka selepas RM itu sangat bermakna buat blogger yang baru nak hidup seperti aku
Terima kasih daun keladi kepada semua blogger yang sudi berkunjung ke R4T menyumbang trafik dan setinggi penghargaan buat u ols yang klik iklan yang muncul di sini. Mungkin aku tak mampu nak balas budi baik u ols tetapi setiap kebaikan pasti akan dibalas baik.
No comments:
Post a Comment