Tiada Idea Nak Blogging? Cuba Ini | Belog Ohsem

Jom selongkar

Thursday, August 19, 2010

Tiada Idea Nak Blogging? Cuba Ini


Kalau blogwalking mesti jumpa statement femes para blogger:


"Takdok idea lo ni nak blogging. Adeh."

"Haiii idea meh la datang, ape aku nak taip ni???"

"Aku dah kering idea nak buat entri sekarang. Tulun!!!"

blablabla..

Hee. Ekceli aku reka je dialog tu. Tapi sikit lebih kuranglah dek non. Bagi menyelesaikan masalah yang tak berkesudahan ni aku ada satu cadangan agak bernas untuk para blogger sekalian. Aku dapat idea ini dari entri cik alisha. Mekaseh banyak-banyak sebab bagi lampu hijau kopipes. Nak ikutkan original entri dalam English, jadi aku modify ikut bahasa ibunda sesuka hati aku. Meh cekidout:
Aku bagi senarai idea untuk u ols buat entri selama 30 hari berturut-turut. Satu hari satu tajuk, kalau nak buat entri lebih cari idea sendiri la yek. Tak dapek den nak nolong.
  • Hari 01 - Tepek gambar terbaru dan 15 fakta menarik tentang diri u ols
  • Hari 02 - Erti di sebalik nama blog u ols
  • Hari 03 - Tepek gambar u ols dan rakan. Kepoci pasal gambar tersebut
  • Hari 04 - Cerita 1 tebiat yang u ols nak buat tetiap hari tapi tak dapat
  • Hari 05 - Tepek gambar satu tempat yang u ols pernah pergi dan sila kepoci
  • Hari 06 - Hero kartun kegemaran dan kenapa?
  • Hari 07 - Tepek1 gambar orang/benda yang memberi kesan dalam diri u ols
  • Hari 08 - Misi jangka pendek untuk bulan ini dan kenapa?
  • Hari 09 - Perkara membanggakan yang dialami beberapa hari lepas
  • Hari 10 - Lagu yang u ols dengarkan bila happy, sedih, bosan & marah
  • Hari 11 - Tepek & kepoci lagi gambar lain u ols dengan seorang kawan
  • Hari 12 - Macam mana boleh wujud belog u ols dan kenapa?
  • Hari 13 - Tulis surat untuk seseorang yang buat u ols annoying minggu lepas
  • Hari 14 - Tepek gambar anda dan keluarga. Kepoci sekali ye.
  • Hari 15 - Pasang media player pada PC/lappy dan senaraikan 10 buah lagu
  • Hari 16 - Tepek lagi gambar u ols dan kepoci
  • Hari 17 - Cerita pasal 'dia' yang u ols nak sangat duduk sebumbung nanti
  • Hari 18 - Impian/sasaran aktiviti blogging u ols 1 tahun dari sekarang
  • Hari 19 - Nickname u ols miliki dan sejarahnya
  • Hari 20 - Kenangan termanis bersama si dia dolu-dolu
  • Hari 21 - Tepek gambar yang telah buat u ols gembira tahap gaban & kepoci
  • Hari 22 - Apa yang buat u ols berbeza dari orang lain
  • Hari 23 - Cerita pasal satu benda/perkara yang u ols nak banyak-banyak
  • Hari 24 - Karang satu surat untuk mak ayah u ols
  • Hari 25 - Senaraikan barang yang ada dalam beg dan kenapa bawa
  • Hari 26 - Kepoci pasal seorang kawan blogger yang paling disayangi
  • Hari 27 - Bagitau semua orang kenapa u ols buat idea aku ni
  • Hari 28 - Tepek satu gambar tahun lepas dan tahun ini, buat perbandingan
  • Hari 29 - Dalam sebulan terakhir, apa yang telah u ols pelajari?
  • Hari 30 - Ceritakan pencapaian tentang blog u ols selama ini
Nak senangkan diri atau takut lupa createlah siap-siap entri tapi boh tajuk sahaja. Bila ada masa lapang baru taipkan isi entri. Kalau buat schedule entri lagi bagus. Selamat 1 bulan punya entri. Hee.

Nantikan..



Sapa nak buat tepek komen. Aku nak baca hari-hari blog u ols.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Tudung Corak Tengkorak : "ada function tema tengkorak kut dia nak pergi..dia memg pakai tudung jadi apa salahnya nak cari corak tengkorak.padahal dia tak sedar yg dlm tudung dia tu dah memg ada tengkorak kepala " - fndrocka



No comments: