Email yang aku terima menyatakan perompak sekarang ada strategi baru untuk melakukan kegiatan pecah rumah dengan membuat simbol/tanda/remark pada rumah sebagai rujukan. Tiba-tiba aku teringat perompak dalam cerita P. Ramlee - 3 Abdul. Eh, 3 Abdul ke?

Ini adalah tanda-tanda yang mungkin digunakan untuk buat simbol/tanda/remark pada rumah yang dijadikan sasaran mereka.
Makna simbol:
- [+] atau [-] bemaksud pemilik tidak di rumah di siang hari/malam
- [Θ] bermaksud tinggal sendirian atau menyewa
- [...] bermaksud tinggal 3 orang ahli keluarga
- [√] rumah pernah dirompak sebelum ini
- [*] bermaksud sasaran
- [X] bermaksud bukan sasaran, tidak selamat
Kalau ada tanda-tanda pelik pada dinding atau mana-mana bahagian rumah anda baik laporkan kepada polis sebab kes ini telahpun diberitakan dalam akhbar tempatan berbahasa Cina.

Oleh itu berwaspadalah wahai sekalian manusia, lagi pulak hari raya dah nak tiba yang tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Sama-samalah kita menjaga keselamatan diri, harta benda dan minta jauhlah segala bahaya dan bencana. Sebarkan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat untuk peringatan bersama.

No comments:
Post a Comment