Jom Join Contest : Gift to the Lucky Person | Belog Ohsem

Jom selongkar

Friday, August 13, 2010

Jom Join Contest : Gift to the Lucky Person


Cik Aisumi menjemput aku untuk join contest blogshop
Aisumi's - Style miliknya. Bertuah atau tidak itu tolak tepi dulu. Moh kita sama-sama cuba nasib sebab syarat penyertaan sangat mudah ibarat mengunyah kacang Ngan Nyin. Tak percaya? Nah tengok baik-baik syaratnya:
  • Musti jadi follower di blog Aisumi's - Style.
  • Buat satu entry berkenaan Aisumi's - Style (linkkan pada blog tersebut)
  • Letak 1 gambar sahaja dalam entri blog (gambar di ambil dari blog aisumi style)
  • Terangkan kenapa pilih gambar tu..
  • Last sekali letak kenyataan ini:- Saya tahu contest ini dari ..............?
Hadiah? Ini kata Aisumi:
"Berkemungkinan gambar yang dipilih dalam entry tu adalah hadiah yang akan dimenangi! tertakluk pada keadaan dan situasi"

Okeh, setelah diselongkar dalam setor blogshop Aisumi's - Style, ada beberapa item yang menarik perhatian tapi terpaksa tapis. Kena letak satu gambar sahaja, jangan buat-buat lupa.

Moh lihat gambau apa yang aku pilih:


Kalaulah aku budak bertuah itu maka inilah koleksi pertama polka dot yang aku ada. Takat ni segala baju yang ada dalam lemari semua plain semata. Baju kurung tu lain keslah dek non.

Kemeja aku tak banyak, dok ulang yang sama setiap kali pergi kerja/interview. Naik lunyai dibuatnya. Hee. Sadis betul kan bunyinya. Bukan tak mau beli baru tapi macam yang aku habaq, bab latest fashion ni aku memang FAIL. Perkataan dengan bold merah itu menandakan yang aku sangat menekankan maksud perkataan tersebut. Harap maklum.

Jadi, sudilah kiranya cik Aisumi intan payung meghelip hadiahkan kemeja ini kerana mata aku blink-blink macam smiley dalam gambau itu bila terlihatkannya. Eceh! dramatis sungguh lah tu konon. Kalau tak bertuah takpe sebab aku memang bukan di kalangan manusia bertuah. <-- Ini statement sedar diri.

Last but not least, saya tahu contest ini dari cik aisumi sendiri. Invitation via facebook.

Sapa yang rasa dirinya bertuah tu moh join cepat.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Hadiah Hari Raya dari Dni : "perkara paling suka kalo dpt smpul/parcel w/pun dah tau siapa yg bagi.. saat mengoyakkan sampul tu adalah saat terindahh.... hehehe " - mekchu



No comments: