Entri pertama Ramadhan dimulakan dengan tag dari MJ untuk segmen tingkatkan ukhwah. Fenomena baru ini diwujudkan oleh Amir Izzat dengan tujuan nak mengeratkah ukhwah sesama blogger. Ada 10 kepentingan ukhwah yang u ols boleh baca di entri beliau. Lepas baca jangan lupa join sekaki ye.
Cara nak eratkan ukhwah mestilah kena berkenalan dulu. Bak kata orang lama tak kenal maka tak cinta. Jadi untuk menghidupkan lagi segmen ini kita hanya perlu perkenalkan diri masing-masing dalam satu entri khas. Itu sahaja.
Siapa Kie-yu?
Nama yang aku cipta khas untuk nama pena blog kesayangan. Tidak berniat nak menggunakan identiti sebenar dek kerana 1001 sebab. Ada 2 blogger nakal yang sudah tahu asal-usul nama ini melalui ruang chat Geng Blogger. Selalu juga mereka lepak di sini dan tinggalkan jejak. Bermula dari situ aku, dia dan dia semakin akrab. Inilah yang dikatakan membina ukhwah hanya kerana nama. Hee.
Kenapa Rumah 4 Tingkat?
Soalan FAQ bila menjerit di ruang potpet-potpet. Ada yang kata kelakar dan ada juga yang kata ia unik. Terima kasih daun keladi. Lama juga aku dok fikir nama apa yang sesuai. Akhirnya kerana sentimental value yang ada pada tempat berteduh, aku jadikan idea utama. Bersama harapan bila satu hari nanti aku sudah tidak berada di sini, aku akan sentiasa ingat asal-usul dan susah payah yang dilalui suatu ketika dulu.
Dunia realiti.
Seorangbudak perempuan wanita yang berumur. Angka 22 tahun agak berumur kan? Hee. Aku selalu disalah erti sebagai dude, bro, saudara dan lain-lain. Mungkin nama yang digunakan agak asing lalu terbitlah monolog dalaman "budak ni lelaki ke prempuan?".
Ada geng fesbuk tanya aku ni masih belajar atau sudah berkerja. Aku rasa macam belum jawab soalan dia. Jawapannya berbunyi - aku seorang pekerja. Masih belum menemui kerjaya impian. Ada sesiapa nak offer aku jadi pembantu peribadi? Resume sudah lama siap ni.
Secara ringkasnya aku boleh dikatakan sebagai survivor, mereng, kepoh, degil bla..bla..bla.. Nak tau lagi mendalam meh kita ketemu. --> tak reti macam mana nak describe diri sendiri dalam tulisan.
Siapa Kie-yu?
Nama yang aku cipta khas untuk nama pena blog kesayangan. Tidak berniat nak menggunakan identiti sebenar dek kerana 1001 sebab. Ada 2 blogger nakal yang sudah tahu asal-usul nama ini melalui ruang chat Geng Blogger. Selalu juga mereka lepak di sini dan tinggalkan jejak. Bermula dari situ aku, dia dan dia semakin akrab. Inilah yang dikatakan membina ukhwah hanya kerana nama. Hee.
Kenapa Rumah 4 Tingkat?
Soalan FAQ bila menjerit di ruang potpet-potpet. Ada yang kata kelakar dan ada juga yang kata ia unik. Terima kasih daun keladi. Lama juga aku dok fikir nama apa yang sesuai. Akhirnya kerana sentimental value yang ada pada tempat berteduh, aku jadikan idea utama. Bersama harapan bila satu hari nanti aku sudah tidak berada di sini, aku akan sentiasa ingat asal-usul dan susah payah yang dilalui suatu ketika dulu.
Dunia realiti.
Seorang
Terasa macam tengah buat biodata dalam buku mickey mouse kawan-kawan. Sungguh nostalgia.
Blog Pilihan Hari Ini
No comments:
Post a Comment