Dolu-dolu masa sekolah, bila nak tiba 31 Ogos cikgu mesti buat macam-macam acara diadakan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan. Pertandingan cipta sajak, pertandingan lukis bendera Malaysia, pertandingan memasak, kuiz sejarah dan sebagainya.
Tahun ini pun mesti sama jugakan? Soalan popular untuk kuiz mesti ditanya apa tema hari kemerdekaan. Kengkadang bukan tanya hok tahun ini tapi yang tahun-tahun lepas punya. Moh kita imbas apa tema hari merdeka dari tahun 1970 hingga 2010:
TAHUN | TEMA |
1970 | Muhibah dan Perpaduan |
1971 | Masyarakat Progresif |
1972 | Masyarakat Adil |
1973 | Masyarakat Kebudayaan Malaysia |
1974 | Sains dan Teknologi Alat Perpaduan |
1975 | Masyarakat Berdikari |
1976 | Ketahanan Rakyat |
1977 | 20 Tahun Bersatu Maju |
1978 | Kebudayaan Seni Perpaduan |
1979 | Bersatu Berdisiplin |
1980 | Berdisiplin Berbakti |
1981 | Berdisiplin Berharmoni |
1982 | Berdisiplin Giat Maju |
1983 | Bersama ke Arah Kemajuan |
1984 | Amanah Asas Kejayaan |
1985 | Nasionalisme Teras Perpaduan |
1986 | Bangsa Tegas Negara Teguh |
1987 | Setia Bersatu Berusaha Maju |
1988-1989 | Bersatu |
1990 | Berjaya |
1991 | Wawasan 2020 |
1992 | Wawasan Asas Kejayaan |
1993 | Bersatu Menuju Wawasan |
1994 | Nilai Murni Jayakan Wawasan |
1995 | Jatidiri Penggerak Wawasan |
1996 | Budaya Penentu Kecapaian |
1997 | Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya |
1998 | Negara Kita Tanggungjawab Kita |
1999 | Bersatu Ke Alaf Baru |
2000-2006 | Keranamu Malaysia |
2007 | Malaysiaku Gemilang |
2008 | Perpaduan Teras Kejayaan |
2009 | 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan |
2010 | 1Malaysia Menjana Tranformasi |
Punya berjela senarai tema hari merdeka, ini menunjukkan yang kita sudah lama hidup dengan aman damai di negara tercinta ini. Tahun 2010 genap 53 tahun Malaysia menyambut hari bersejarah setelah banyak peristiwa pahit manis yang tok nenek kita dah lalui untuk mendapatkan kebebasan. Kita sebagai generasi muda janganlah sia-siakan usaha mereka sebaliknya memeliharanya sebaik mungkin.
Aku anak bekas askar maka darah patriotik tu dok mengalir laju dalam diri. Itu yang keluar entri semangat semacam. Hee. Pada pemerhatian aku rakyat Malaysia tahun ini macam kurang semangat nak sambut Hari Merdeka. Almaklumlah tahun 2010 ini bertembung dua sambutan yang memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Patutlah!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53!
No comments:
Post a Comment