Aku tertarik dengan entri dari bro Sop tentang hal blogwalking ini. Kalau beliau sudah bagi 5 kesilapan, di sini aku nak tambah lagi 5 kesilapan lain. Nak baca 5 Kesilapan Semasa Aktiviti Blogwalking dari bro Sop sila kelik link.
1. Paksa buat itu-ini
Sebaiknya, sebelum tinggalkan jejak buat screening dulu tentang blog yang dikunjungi. Mungkin ada berberapa perbuatan yang tuan belog tidak berkenan dari penjunjung (secara sengaja atau tidak sengaja). Kadang-kadang kita akan nampak peringatan yang diberikan contohnya 'No ads please! atau 'Jangan tinggalkan spam atau anda akan di banned'. Janganlah buat-buat tak nampak ye.
Contoh terdekat dari R4T sendiri yang u ols boleh tengok di bawah kotak potpet-potpet. Oleh kerana terlalu banyak blogger yang 'memaksa' untuk folow mereka kembali, aku rasa tidak selesa lalu aku tepek amaran sebegitu rupa. Hormatilah permintaan dari tuan belog untuk menjaga hubungan baik antara tuan belog dan pengunjung.
2. Bahasa lucah itu cool? Tidak sama sekali.
Gunakanlah nickname/mesej dengan bahasa yang sopan. Ada beberapa pengunjung yang menganggap dengan meninggalkan mesej berbaur lucah atau bahasa kasar akan menarik perhatian untuk berkunjung balas ke blog mereka. Ketahuilah bahawa u ols akan kehilangan 90% peluang untuk mendapat semula trafik dek kerana kesilapan kecil ini.

Sebelum tinggalkan mesej sedemikian rupa cuba fikir semula. Tidak semua orang berfikiran terbuka seperti yang anda sangkakan.
3. Pentingkan diri sendiri
Semua sedia maklum bahawa blog yang menggunakan perkhidmatan iklan dari Nuffnang dilarang keras untuk mempromosikan mana-mana pesaingnya. Jadi jika u ols ada ternampak logo Nuffnang pada blog yang dikunjungi jangan tinggalkan link yang boleh memberi kesan buruk kepada prestasi blog tersebut.
Sekiranya u ols inginkan support dari mereka mintalah dengan berhemah. Contoh terbaik adalah kempen dari Youthsay, buat entri tentang promosi yang perlukan klik atau support dari blog lain dan gunakan link entri tersebut sebagai medium. Dalam 100 komen baik itu tak mungkin tiada satu pun yang bagi sokongan.
4. Puji tidak ikhlas
Tindakan puji blog tersebut untuk mendapatkan trafik itu adalah sangat KEJI. Dalam 30 blog yang dilawati semua dikatakan 'nice', 'best', 'terbaik' dan lain-lain. Apa perasaan u ols jika terbaca komen yang sama dari pengunjung itu di blog lain? Mahu tak sentap jiwa raga woh!
Daripada membuat dosa kering macam itu, apa kata u ols komen dengan cara yang lebih menarik. Contohnya, bagi pantun kelakar yang u ols reka sendiri untuk tinggalkan jejak. Ataupun tinggalkan teka-teki dan minta tuan belog jawab. Cuba amalkan dan lihat hasilnya.
5. Nama dan komen yang sama berkali-kali
Aku pernah nampak dalam shoutbox itu penuh dengan nama dan mesej yang sama dari satu pengunjung. Mungkin itu adalah salah satu stratergi untuk mendapatkan trafik. Cuba bayangkan jika kotak shoutmix itu u ols yang punya, agak-agak suka tak orang lain buat macam tu?
Walaupun kegiatan ini jarang sekali kita nampak, aku sekadar bagi peringatan untuk kita bersama. Jangan kerana tamakkan trafik kita akan kehilangan kepercayaan dari blogger lain. Blogwalking dengan ikhlas itu adalah sebaik-baiknya.
Renung-renungkan dan selamat beramal. Peringatan untuk diri sendiri juga.
1 comment:
post yg sangt bagus.Teruskan usaha anda
http://sapphire.lot.my/
Sapphire...more than a lingerie
Post a Comment