Belog MJ - this is my tale © | Belog Ohsem

Jom selongkar

Sunday, August 8, 2010

Belog MJ - this is my tale ©

Entri sejuk beku 24 jam. Baru punya bawah sana nuu. Mekaseh

'Life itself is the most wonderful fairytale' - MJ.

Setuju tak dengan tagline MJ? Kalau tuju soklan ni pada aku, for sure aku kata yup! Hargailah kehidupan yang kita lalui ini sebab hidup di dunia hanya sekali yang di 'sana' nanti baru kekal abadi. Manusia bukan macam kucing ada 9 nyawa. Hee.

Eh..eh..lupa nak ice breaking. Aku gerenti ramai blogger sudah familiar dgn initial MJ ni. Pada yang baru nak berkenalan, MJ stands for Maryam Jamilah, bukan Maikel Jeksen ye.

Al-kisah.. beliau merupakan salah seorang blogger feveret aku. Kenapa? Sebab dia peramah orangnya dan rajin update entri. Kalau sibuk awal-awal dia sudah warning yang mungkin belog kesayangannya akan sepi untuk beberapa ketika. Hidup sebagai seorang student, faham-faham sajalah.

Belog beliau telah diiktiraf sebagai belog wajib singgah setiap hari. Macam yang aku mention sebelum ni kalau aku follow belog tu adalah sesuatu yang buat aku tertarik nak singgah banyak kali.

belogmj[dot]com

Mengikut hasil penyelongkaran, MJ telah mula blogging sejak tahun 2006 lagi bermula dengan belog http://innocentmj.blogspot.com dan kemudian telah bertukar ke hosting sendiri. Dah bertahun blogging mestilah ada kemajuan. Ye tak?

Bahasa belog beliau ni senang nak faham dan catchy je. Takdelah macam baca buku sejarah. *Bak kata blogger tu* Jadi tak payah susah-susah nak ready kamus dewan bahasa kat tepi. Hee.

Apa yang u ols boleh dapat dari belog ini?
  1. Tutorial untuk blogging ado.
  2. Kegiatan link exchange pun ado. Beliau ni rajin belogwalking.
  3. Nak download movie? mp3? Silakan.
Entri yang beliau ketengahkan selalunya tentang isu yang up-to-date. Bukan setakat cerita peribadi saje yang dia tepek tapi macam-macam ada. Kalau nak listout mau panjang berjela entri ni. Jadi u ols yang malas nak baca paper tu elok sangat rajin-rajinkan diri klik ke belog:

this is my tale ©
Moh baca review iklaneka dari MJ. Hee. Promot sekejap.


No comments: