Banyak restoran yang buat promosi buka puasa yang murah tahap gaban sempena bulan Ramadan ini. Aku ada dapat email satu restoran di KL menawarkan hanya RM2 untuk ngap segala juadah buka puasa yang disediakan.
Tapi dengar cerita ada syaratnya, kalau u ols tak habis makan segala tok naduk yang telah dibubuh dalam pinggan kena bayar double tau. Sejauh mana kebenarannya aku tak boleh nak sahkan sebab belum pernah cuba lagi singgah berbuka di kedai yang dimaksudkan.
Itu cerita di KL, tetapi untuk orang-orang Johor Bahru ada juga satu restoran yang aku terjumpa masa dok merayau minggu lepas. Restoran Kita Semua menawarkan harga RM3 sahaja untuk juadah berbuka puasa yang mereka hidangkan sepanjang bulan Ramadan.
Moh tengok gambau bukti yang aku sempat snap:
Nama Restoran : Restoran Kita Semua (Masakan Melayu, Masakan Nusantara) 24 Jam
Alamat: No 9, Jalan Dato Teh Ah Boon, Tampoi 81200, Johor Bahru, Johor
Kalau datang dari Air Hitam/Kulai/Skudai u ols akan jumpa Giant Hypermarket Tampoi dulu, jika datang dari Johor Bahru / Singapura pulak u ols akan jumpa Plaza Angsana dan Menara Jati (a.k.a Hasil). Jalan Dato Teh Ah Boon ini kurang familiar jadi meh tengok petakenduri yang aku edit baik punya khas untuk u ols:
(mekaseh gugel map!)
Alamat: No 9, Jalan Dato Teh Ah Boon, Tampoi 81200, Johor Bahru, Johor
Kalau datang dari Air Hitam/Kulai/Skudai u ols akan jumpa Giant Hypermarket Tampoi dulu, jika datang dari Johor Bahru / Singapura pulak u ols akan jumpa Plaza Angsana dan Menara Jati (a.k.a Hasil). Jalan Dato Teh Ah Boon ini kurang familiar jadi meh tengok peta
(mekaseh gugel map!)
Disebabkan aku jumpa restoran ini tengah hari, maka tak dapeklah nak masuk dan cuba sendiri promosi tersebut. Ada lagi 2 minggu kita berpuasa mungkin satu kali kena singgah juga ke sini.
Mak Jenab, Kak Leha, Abang Leman yang sudah penat shopping raya dan berhabis sakan di Plaza Angsana bolehlah singgah. Jimat pun jimat!
Mak Jenab, Kak Leha, Abang Leman yang sudah penat shopping raya dan berhabis sakan di Plaza Angsana bolehlah singgah. Jimat pun jimat!
No comments:
Post a Comment