Cerita Terbaru Ariel Peterpan & Luna Maya | Belog Ohsem

Jom selongkar

Wednesday, August 18, 2010

Cerita Terbaru Ariel Peterpan & Luna Maya


Rasanya satu dunia sudah kecoh mengenai kes video lucah Ariel Peterpan dan Luna Maya terutamanya di negara-negara yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam. Hal gini sensitif woh!

Kalau di negara barat tak laku la gossip macam ini sebab mereka lagi advance. Haip, bulan Ramadhan ni tak payah tanya advance tang mana, sia-sia je nanti berlapar satu hari.


Masa cerita tengah hot aku memang sengaja tak mahu ulas kes itu, sekadar mengambil tahu secara senyap dari blog lain. Apa certia gamaknya 2 artis popular dari tanah seberang ni sekarang ye?

Mengikut hasil penjelajahan di sumber-sumber yang boleh dipercayai, mereka dikhabarkan akan bernikah untuk mengubah persepsi masyarakat dan mungkin juga nak bersihkan nama mereka. Dan yang menariknya mereka akan dinikahkan di lokap kerana Ariel masih lagi dalam tahanan. Petikan artikel dari mymetro 23 Julai 2010:

******************************

JAKARTA: Pihak berkuasa mungkin menikahkan Ariel Peterpan dengan seorang daripada pasangan ranjangnya, Luna Maya, untuk mengubah imej dan persepsi masyarakat terhadap mereka. Menurut sumber, pernikahan itu mungkin boleh diadakan di bilik lokap polis Indonesia yang kini menjadi tempat Ariel ditahan.

Sumber itu yang terbabit dalam siasatan kes penyebaran video lucah Ariel berkata, pihaknya juga terfikir untuk menyatukan pasangan terbabit secara sah. [baca lagi]

******************************

Cerita tentang Ariel di lokap heboh dicanang sana-sini tetapi kisah Luna Maya ditahan kurang mendapat perhatian. Kenapa eh macam tu? Rupa-rupanya geng sekatil Ariel itu pun senasib dengannya kerana telah ditahan pada pertengahan Julai lalu. Berita ini aku dapat dari metrotvnews.com. Betul ke idok, wallahualam.

Heh. Sapa punya kerjalah edit gambar Luna macam ni. Lawa benau mekap nak duduk dalam lokap. Ini mungkin gara-gara search gambar Luna Maya dalam lokap tak dapat. Yelah, gambar Ariel dah ramai dok tayang dalam belog masing-masing.

Maaf tiada link untuk dapatkan video itu di sini. Kalau nak cari sendiri sebab aku takmoh sponsor dosa u ols bulan-bulan posa ni. Carilah video tu kalau rasa pahala dah banyak sangat. Pesanan pedas tapi tegas dari aku.

TO ALL ARIEL PETERPAN & LUNA MAYA SUPPORTERS: Don't get butt hurt so easy. This is we called gossip! Peace.
Ini entri ada makna. Hee.

Blog Pilihan Hari Ini

Entri Payment untuk Mystery Shopper Sudah Masyuk! : "yunk..sis pun buat untuk yang telekomunikasi tu..pegi kedai2 henpon kan..tapi belum start lagi..tengah tunggu call.. " - honeyamour


No comments: